Tuesday, June 21, 2011

TERLEBEH WANITA DI PAHANG???


Jeng jeng jeng... satu berita yang sangat memeranjatkan kaum wanita di Pahang apabila Datuk Aminah Abdul Rahman Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengumumkan terdapat seramai lelaki 198600 dan 188900 wanita di Pahang menjadikan nisbah kaum lelaki ialah 113 berbanding kaum wanita iaitu 100 orang.

Alahai, makna nya we all ada banyak pilihan la ek... lebihan pun xde la banyak mana, tiga belas jerk...


Agak2 nya lately, ibu-ibu melahirkan anak lelaki kan, tat y kaum lelaki makin ramai.. kepada mana-mana gadis di luar negeri pahang, moh ke negeri pahang nak cari jodoh hehehe...


Fikir-fikirkan lah...


Salam damai

SP
































SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN...

Assalamualaikum buat semua rakan-rakan.. Maaf, agak lama tak menitipkan tinta di sini, agak kesibukan dengan tugas...


Banyak perkara dalam negara berlaku sekarang... daripada lynas hingga lah perhimpunan BERSIH...


SP percaya warga kota bimbang dengan tekanan ini, maka marilah kita sama-sama mendoakan agar perhimpunan BERSIH ini dibatalkan..


Apa pekdah kita perolehi daripada menghadiri perhimpunan kan..


SP bimbang, keadaan menjadi huru hara sebagaimana yang pernah diadakan dahulu... Ramai peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman merungut........... Kasihani lah rakyat yang tak bersalah..:)


Harap-harap kita sebagai warga negara Malaysia yang cintakan keamanan akan menolak perhimpunan BERSIH ini...


Sama-samalah kita fikirkan...


Salam damai


SP

Wednesday, April 13, 2011

SELAMAT PAGI PAHANG




























Assalamualaikum... Alhamdulillah kita berada di bulan keempat bagi tahun Masihi.. Pejam celik pejam celik dah April upernya... InsyaAllah hujung minggu ni Rakyat Sarawak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.. Tunaikanlah sebaik mungkin


Baru-baru ni sedang SP minum pagi di satu kawasan perumahan di belakang Alliance Bank, SP dan rakan-rakan dihampiri oleh seorang wanita Cina yang rancak mendapatkan tandatangan untuk membantah projek Lynas yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri... SP rasa ni tentu peranan DAP dan PKR yang bersusah payah hendak menggagalkan pelaburan asing ke negeri kita.. Ahai! Takde pelaburan bising, dah ada pelaburan baik punya, bantah lak.. tak dapat untung ke deme yer....


Bermula Isnin, 11 April hingga 19 April Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Kedua Belas diadakan mulai 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Maka, moh la ramai-ramai kita ke dewan mendengar perbahasan dan hujah-hujah oleh Wakil Rakyat kawasan kita..


Tuesday, March 22, 2011

TAHNIAH BUAT YAB DATO' SRI DIRAJA



Alhamdulillah YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Yaakob dan Datin Sri Diraja Dato' Hajah Junaini bin Kassim selamat menerima menantu kedua pada hari Sabtu 19 Mac 2011.

SP mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semoga Allah melimpahi rahmat, InsyaAllah.

PRU SARAWAK




Semalam Sidang DUN Sarawak telah pun dibubarkan dan SPR akan mengumumkan ESOK tarikh penamaan calon dan pembuangan undi...




Rakyat Sarawak pasti sudah tahu laluan mana yang hendak dituju bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri dapat diteruskan.. Oleh itu janganlah ragu dengan kemampuan BN memerintah negeri Sarawak dan negara selama ini...




Idup BN...

Monday, March 21, 2011

DNA OH DNA OH DNA...


apa susah sangat pak anwar nak beri dna ni???


beri je la kan...


penyokong pun terpinga-pinga ye ke dok Punahsihat PKR nih


Jangan banyak wat pedooh wehhh

PKR YANG LUMPUH RAPUH


Semalam, Pemangku Ketua Cabang PKR Indera Mahkota bersama 300 ahli telah isytihar keluar parti untuk menyertai UMNO..
Wahhhh, makin berlengas punggung lah Dato' Fauzi dan YB Azan dengan keadaan ini...
Walaupun nampak di permukaan muka mereka macam cool, tapi hati mereka tetap tergugat kan...
Dato, YB better uall pun serender coz uall pun dulunya dari UMNO gak...
Biar malu sekarang dari malu pada masa akan datang...
* SP berdoa agar lebih ramai puak-puak pembangkang yang tak sedar diri akan kembali ke pangkal jalan... Kita ni berpolitik kena ikhlas, jangan dek tak dapat pepe peruntukan, dek tak lulus permohonan tanah dek anak xdapat biasiswa, terus-terus merajuk... Banyak saluran yang boleh digunakan.. Kalau Tok $ xnak dengar masalah penduduk setempat, kita ada ketua umno caangan, kita ada ketua puteri cawangan, kita ada ketua wanita cawangan dan kita juga ada ketua pemuda cawangan... maka fikir-fikirkanlah sebelum merosakkan diri sendiri... *
Salam dari SP, jangan banyok dooh wehhh!!!