Monday, June 22, 2009

NAK NGOMEL BANYAK NI...

Sejak kecil hingga habis belajar Qaseh memang xpernah ambil pot hal Barisan Nasional waima UMNO.. Yang Qaseh ingat, pernah lar satu ketika dahulu masa tu Qaseh dalam Darjah 4, lalu di hadapan sebuah rumah Wanita UMNO Cawangan, masa tu dengar2 sayup jer golongan ibu berdiri dan sedang menyanyi.. Ruap2nya meka sedang menyanyikan Lagu UMNO dan mungkin ada mesyuarat Wanita Cawangan di situ.. Tapi yang pelik nyer seme berseragam putih merah...
Dah habis belajar, bila makin celik politik baru lar Qaseh sedikit sebanyak berusaha mendalami Kenegeraan Malaysia... dan mungkin tidak keterlaluan Qaseh turut menganalisa prestasi Kerajaan Barisan Nasional ini..
Xtahu lah siapa yang menilai prestasi setiap kementerian sejak dulu, coz baru-baru ni lar KPI diwujudkan... Kenapa rakyat ni dah terlalu banyak persepsi xelok kepada kerajaan? Kalau dibanding antara TV1 dan TV3, for sure ramai viewers memilih TV3, dan ditambah pula pada masa kini ada pula option lain iaitu Astro... Macamana Tv kerajaan nak compete ngan TV swasta ek? Pegi pula kepada servis di hospital kerajaan dan hospital swasta.. kenapa jarang berlaku adauan kecuaian melibatkan hospital swasta berbanding hospital kerajaan?
Kenapa makin ramai memilih untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Antarabangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan dan tidak Sekolah Kebangsaan? Kenapa lebih ramai memilih untuk menghantar anak-anak ke Tadika swasta berbanding Tadika Kemas.. kenapa zaman dah berubah tetapi kerajaan masih tidak menyamai pihak swasta?
Apakah bajet kerajaan sememangnya tidak mencukupi untuk memberi kepuasan tahap maksimum kepada rakyat Malaysia.. Qaseh nak syorkan kepada Perdana Menteri agar dapat mengeluarkan arahan untuk membekukan pertukaran arahan setiap kali berlaku perubahan Menteri..
Kalau 10 kali Menteri bertukar, maka nya 10 kali lar Akta dipinda? Bila masa Menteri nak wat kerja kalau asyik main tukar akta jer? Kakitangan kerajaan pun makin pening dengan tindakan sesuka hati menteri ni...
Pastu, mohonlah kerajaan mengkaji semula gaji minimun kakitangan awam ni.. Leni, takat RM700-RM800 xcukup... Paling sikit pun RM1,000 patut diberi dengan keadaan ekonomi sekarang.. Gaji untuk kakitangan yang mempunyai ijazah pula haruslah ditawarkan pada tangga yang lebih menarik supaya mereka lebih bersemangat untuk bekerja.. Mungkin tangga gaji yang sesuai antara RM2,000-RM2,5000... Mungkin dengan cara sebegini, imej dan budaya kerja kakitangan kerajaan juga akan berubah.. dan tidaklah ramai penuntut terus memilih untuk bekerja di negara asing setelah menamatkan pengajian di luar negara...
Menteri tahu apa? Yang meka tahu nak kejar KPI tanpa memikirkan apakah rakyat mampu mengejar setiap perubahan yang meka buat? Kenapa berlumba-lumba nak tunjuk kat PM bahawa "Kementerian i dah buat YAB Dato' Seri...." dan kesusahan ditanggung oleh rakyat? Banyak lagi nak sebut tapi takut ramai lak yang berasa hati jadi sambung nanti...
Kalau Kerajaan Barisan nak menang PRU 13, mahu xmahu semua usul dan masalah yang dibangkitkan di dalam semua Mesyuarat, xkira lar mesyuarat UMNO ker MCA ker MIC ker PPP ker USNO ker PKR ker PAS ke harus diambil perhatian.. dan pegawai kerajaan harus cekap dan amanah serta tidak membawa keluar kerahsiaan negara walaupun diri tidak mengundi BN..... Renung2kanlah...
Wallahuallam

2 comments:

  1. Kenapa TV3 diminati, TV3 banyak bawa program yang memesongkan minda kanak-kanak, sedar tak sedar anak orang Melayu terpesong. Pasal nak dapat untung banyak melalui iklan.

    Astro, kerana kepentingan seseorang, telah menipu pengguna dengan cerita2 tak bermutu, pengguna kadang2 terpaksa melanggan Astro kerana pemancar RTM tidak dipertingkatkan, hanya kawasan2 bandar je yang dapat siaran selesa. Pengguna hanya dihidangkan program berulang2 oleh Astro, hanya 1 saja prohram baru dalam 1 bulan. Mengapa kerajaan tidak peka perkara ini, tingkatkan mutu pemancar diseluruh negara, Astro tidak manfaat kepada rakyat.

    RTM pula, sudah berbalik cara lama dalam siaran, apakah sebenarnya yang ada dalam pemikiran RTM sebagai suara kerajaan, dapatkah Kerajaan mengesan musuh UMNO/BN dalam RTM ?

    Kenapa orang lebih minat kepada sekolah jenis kebangsaan ? Sebab Guru2 di sekolah kebangsaan terlalu banyak berpolitik, 80% pembangkang, manusia inilah mengagalkan setiap program kerajaan untuk pendidikan rakyat. Sesetengah jadi Guru kerana terpaksa sahaja.

    Banyak lagi alau nak di cerita, berapa ramai kakitangan/ Pegawai Kerajaan yang duduk atas sana penyokong pembankang, inilah perosak bangsa dan negara, menjadi musuh dalam selimut. Kalau nak di kira, dalam Kementerian Penerangan juga ramai musuh dalam selimut, apa lagi dalam Jabatan Penerangan, orang ini sengaja memutar belit dasar-dasar kerajaan.

    Maaf kalau kawan terlebih kata, tapi ini adalah hakika sebenarnya, yang kawan dapat yakin cuma Kakitangan Jabatan Hal Ewal Khas, krana mereka datang dari UMNO, tapi kawan dapat cerita JASA kurang disenangi oleh Kementerian.

    ReplyDelete
  2. Qaseh,qaseh!
    Skrg kena ambil pot lah. Tidak kita siapa lagi? ~ BraveHeart

    ReplyDelete