Apa nak jadi ngan Nizar ni? Nak kata xpandai, sekolah tinggi, nak kata xberakal, pernah jadi Menteri Besar, nak kata xbermoral, isterinyer bertudung litup, lantas apa kah perkataan yang paling tepat boleh digambarkan dengan perbuatan di dalam Dewan Parlimen tadi?
Itu yang berlaku apabila tidak dapat terima kenyataan bila dah tak jadi Menteri Besar, kemudian hari bila dah tak jadi Ahli Parlimen macamana pulak ek diri nya? Mungkin langsung dah xboleh menguasai peribadi, terus menangisi diri. Udah-udahlah pembangkang buat perkara xsenonoh di dalam dewan.
Awak bukan orang xberilmu, sekurang-kurangnya kawallah emosi. Apa guna sembahyang tonggang tonggek 5 waktu sehari semalam kalau tidak dapat menerima Qada' dan Qadar Ilahi ini. Allah swt memang suruh kita berusaha tetapi cara begini bukan usaha namanya, tapi menjahanamkan bangsa.
Qaseh memang makin xfaham dengan pembangkang ni, apa lagi yang meka nak kerajaan buat, serba serbi xkena. Xkan soal pemerintahan negara meka nak kuasai? Kerajaan Barisan Nasional bukan xmahu bagi mereka memerintah tetapi alangkan 100 hari memerintah pun dah huru hara inikan nak mengekalkan kerajaan sehingga 50 tahun? Silap2 haribulan meka jual negara ini kepada bukanMelayu? Ish ish Nauzubillah... Kalau xnak sayangi diri kita, sekurang2nya sayangi lah anak cucu kita...
Parlimen bukan pasar, nak buat kecoh dan tunjuk kehebatan sebaliknya Parlimen adalah tempat untuk wakil rakyat membincangkan permasalahan rakyat secara serius dan efisyen. Semakin lama, semakin mengganas geng pembangkang ni, nak tunjuk kepada dunia luar bahawa orang Malaysia juga mampu bertindak membangkang kerajaan sebagaimana pengganas di luar negara lakukan? Bagi mereka inilah pencapaian terbaik pembangkang di Malaysia dan boleh dianggap setaraf dengan pengganas luar negara...
Rakyat harus sedar bahawa seseorang wakil rakyat yang dipilih bukan sahaja menjalankan tugas dengan penuh berhemah namun mereka juga mesti menjaga perilaku tidak kira di mana sahaja berada dan mampu menjaga kesabaran walau sebarang pergolakan berlaku. Ini wakil rakyat pembangkang langsung tidak begitu, apabila berlaku ketidakpuasan hati, langsung menterjemahkan dengan perlakuan. Bagaimana yer wakil rakyat sebegini menjadi idola rakyat jelata lebih2 lagi di kalangan cerdik pandai?
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment