Monday, June 22, 2009

SAPER JAGA MEKA NI

Masjid Lama Universiti Al-Azhar, Universiti tersohor yang menghasilkan ramai Ulama dunia


Universiti Oxford yang menjadi perhatian dunia.....

Ramai penuntut Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun tak tahu lar di mana silapnya, sebaik sahaja penuntut-penuntut baru ni sampai di lapangan terbang di luar negara sana, mereka kebanyakannya disambut oleh 'orang sebelah sana' terutama pelajar di Mesir dan Jordan..

Jadi tidak hairanlah apabila mereka susah dan pegawai Kedutaan Malaysia di sana tidak membantu, maka tumpuan mereka terarah kepada deme2 ni.. Perlu diingat Kerajaan membelanjakan berpuluh juta RM wang rakyat untuk membiayai pengajian pelajar2 ini ke luar negara namun setelah menghabiskan pengajian, mereka terarah samada untuk terus tinggal di luar negara atau balik ke Malaysia dan tidak akan menyokong Kerajaan.

Adakah Kerajaan mengkaji kesan yang ditanggung sekarang? Adakah kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar luar negara? Adakah kerajaan melalui pegawai yang ditugaskan untuk menjaga pelajar-pelajar ini telah memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar luar negara ini?

Mungkin bilangan pelajar ke luar negara tidaklah seramai yang belajar di dalam negara namun sekiranya dikumpul pelajar2 ini, jumlahnya mungkin boleh menyamai pelajar di Universiti Malaya dan sekiranya kita menghalusi perkara ini sedalam-dalamnya ia turut memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial negara...


Qaseh tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun sekiranya dapat diberi ruang, masih ada kemampuan, eloklah Kerajaan melalui Kementerian Luar Negara memantau perkembangan perkhidmatan pegawai-pegawai kedutaan yang bertugas menjaga anak-anak kdi luar negara. Janganlah mereka memikirkan mereka ini jauh dari kerajaan Malaysia, seolah-olah tiada orang yang mengawasi apa kerja mereka di sana, lalu acuh tak acuh sahaja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Negara...


Kita pun tak tahu sama ada pegawai yang dilantik ini merupakan kakitangan kerajaan yang menyokong kerajaan atau tidak, jadi enforcement perlu dilakukan bagi membolehkan mereka ini benar-benar menyayangi Agama, Bangsa dan Negara dan seterusnya setia menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan bersemangat memikul amanah Negara walaupun berada beratus ribu kilometer dari Malaysia.. atau dalam keadaan yang tertentu seeloknya JPA menghantar kakitangan yang 100% menunjukkan kesetiaan kepada Barisan Nasional agar imej Malaysia tidak tercemar dan pelajar berasa selesa dengan perkhidmatan kakitangan kerajaan di luar negara.... Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment