Thursday, July 16, 2009

TOLONG PLEASE LAR, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN...




***Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).


***Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.


***Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.


***Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.


***sumber: star menyatakan bahawa salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.


***sumber: malaysiakini pula memberitahu bahawa jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.


Ulasan Qaseh : Dorang ni kalau dah kalah, macam-macam lar ngutuk BN aka Kerajaan.. Kalau dorang menang pun ngutuk kita gak... Ntah apa-apa dan tak tahu lar bila nya dorang nak puas? xkan nak bagi dorang perintah kerajaan Malaysia untuk memenuhi kepuasan hati mereka nih?


Xmasuk akal sungguh bila kita fikir setiap tindakan yang dilakukan oleh orang pas nih.... Rasanya dulu-dulu taklar seganas sekarang tapi mungkin disebabkan berkawan dengan geng-geng PKR, itu yang perjalanan hidup mereka pun jadi caca marba.. penuh dengan ketidaktentuan hala, perjuangan pun dah disogok dengan material....

Wednesday, July 15, 2009

TAHNIAH BUAT PM KITA....



Sabtu lalu genap 100 hari DSNTAR sebagai Menteri Perdana ....100 hari disambut dengan majlis mesra rakyat dituruti dengan pengumuman 11 perkara yang jelas menunjukkan DSNTAR mendahulukan rakyat seperti yang beliau katakan.....Penambahbaikan(Retreat) KPI yang menjadi teras utama dalam menjayakan agenda kerajaan juga amat jelas DSNTAR mengutamakan pencapaian dan hasilnya akan memberi banyak faedah kepada Rakyat..KPI tiada yang terkecuali merupakan satu pembaharuan yang tepat 1Malaysia "Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan". Syabas DSNTAR......Semoga ALLAH Memelihara beliau dan seluruh rakyat Malaysia.........SYUKUR..........................


***Qaseh berharap DSN akan terus memacu Negara Malaysia keluar dari kepompong permasalahan politik yang agak gila dek perbuatan Anwar yang agak meroyan ingin mendiami Putrajaya ini...


***InsyaAllah Qaseh percaya kaalu kita jujur dan ikhlas dalam perjuangan, InsyaAllah akan diberkati YANG ESA....

INI KAH CARA MEREKA??????


Memang pas menang, memang pas berjaya mengekalkan DUN Manik Urai, namun apa guna menang kalau menang setakat 65 majoriti undi, kalau menang tapi dengan cara mencederakan orang lain, kalau menang tapi dengan menghamburkan kata nista kepada orang? Ini kah yang diajar kepada ahli pas? penyokong pas? sembahyang, mengaji, berzanji bagai tapi bila berhadapan dengan pilihanraya, kalau dah tahu nak kalah xkira siapa... anak orang, isteri orang, nenek, makcik, emak, ayah habis semua diserbu kira tidak mengikut telunjuk dia... Pendek nya akal orang pas yang konon macam Nabi, Maksum.. piiirahhhhh


Semalam di dalam Internet, YouTube, dan menerusi Buletin Utama, hari ni dalam suratkhabar utama menceritakan perihal perangai buruk penyokong pas yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Peria, Kuala Krai...mengganas terhdapa lawan yang bukan setaraf dengannya, berlawan dengan budak yang boleh dianggap adik atau anak nya sendiri, ahli Puteri UMNO Perak...... Bukan takat mulut, kaki tangan semua nyer digunakan untuk memusnahkan penyokong UMNO... Dorang ni xkira, walau dengan apa cara sekalipun, walau xmenang, penyokong UMNO harus dimusnahkan...


Ini ker yang diajar dalam perjuangan pas????? Patutlar Qaseh tengok masa di Universiti dulu siswi yang join ADASI memang bersopan santun di masjid tapi bila melekap di telefon, bila berjumpa boyfren.. mak aaiiii lebih dia dari kita... terfikir gak Qaseh kenapa dorang berperangai begini, sekarang dah dapat jawapannya, pas ni xajar pengikut, penyokong, ahlinya menghormati orang lain, xajar dorang ni seme erti malu kat Allah swt, xajar budak2 ni cara berbudaya Orang Melayu... dan yang paling penting ajaran yang diajar cuma nak merampas... kalau merampas dengan cara elok xper, ni dengan cara mengganas.. kalau nak mengganas, mengganas lar sesama sendiri dan jangan sampai mencederakan orang awam..


Apa raaa, tolol bin bodos...


Mungkin Qaseh agak beremosi pagi ni kerana bagi Qaseh xder satu pun keistimewaan perjuangan PAS walaupun bekas Ustaz Qaseh (dia ni pernah mengajar Qaseh semasa di sekolah menengah dulu) seorang pejuang pas yang sangat ekstrem tuh baik ngan Qaseh di sekolah dulu.... Upernyer, Ustaz ni dari dulu lagi dia tak suka ngan cikgu-cikgu yang mengajar hoki di sekolah, katanya orang perempuan xelok terkinja-kinja di padang sekolah, bersukan....


Bakper lar Ustaz nih nak kata jahil xjahil... apa lar salahnya bersukan, menyihatkan badan dan Alhamdulillah Cikgu Hoki Qaseh ni dah pun menunaikan Rukun Islam yang ke5 beberapa tahun lepas sedangkan Ustaz ni???... Kita xboleh nak pandai-pandai menjatuhkan hukuman kepada sesama manusia kerana kita ni bukannnya Malaikat atau Nabi...


Kita ni, xkiralah dari parti mana, janganlah terlalu ekstrem dan taksub ngan pemimpin... macam penyokong UMNO Qaseh rasa mereka tahu batas-batas nya, tapi kalau kita tengok pengikut pas ngan pkr tuh lebih kurang sama jer macam ketua meka.... kata-kata yang dihamburkan pun ikut suka jer diucapkan... kalau betul mengamalkan perjalanan hidup seorang mukmin patutnya selaril ar dengan perbuatan, ini tidak.... itu yang lelaki, kalau yang muslimatnya, lebih kurang jer ngan guru hoki sekolah Qaseh, terkinja-kinja, terlaung-laung mencarut mencerca orang, jadi apa beza nya wahai Ustazku?????


***Hmmm hampeh dorang ni sebenarnya tapi mungkin pengikut pas sendiri ada menyedari tapi MALU nak mengakui perangai orang-orang pas yang tak beruap tuh... Lu pikir la sendiri...


Wallahuaalam....

Wednesday, July 8, 2009

BERTAFAKUR SEMENTARA....

Gambar seksaaan kubur yang berlaku kepada seorang pemuda yang meninggal di Oman.. Wallahuaalam...

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang bebas dari sebarang dosa. Apabila kita telah mencapai umur aqal baligh barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan Atiq. Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua. Petikan ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang telah mati, cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas. 9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah swt lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah swt beri melalui manusia...


5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. **Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbunatas meja..heh..heh. .)


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.


8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..


9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu -bahagi dan akhirat dibawa mati.


***Kesimpulan : Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu samalain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.Wallahualam" Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang e-mail ini begitusahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

LIWAT ANWAR JANGAN TAK LIWAT

Sian kan, dapat isteri bapok nyer cantik, tapi si lelaki nyer xkadar ker diri, cari gak jantan-jantan peneman diri....


Pasni ni semua rakyat kena berhati-hati dan para ibu yang sedang mengandung patut rasa susah hati takut-takut anak mereka pula yang diminati Anwar Ibrahim nih.. Jenis ikut pintu belakang nih memang xkira siapa, asal menetapi syarat-syarat tersenarai, hmmmm xlama lar tuh..




Qaseh pun pelik apa nikmat tu semua, dia tak reti malu ker?? ooooppppsss orang yang buat salah memang mana malu kan.. tengok muka pun dah tahu kan... Dulu pun Qaseh ada sorang kawan yang perangainya sejibik cam AI ni tapi Alhamdulillah sekarang dah pulih... Tapi jenis yang bekas-bekas ni mungkin dia pulih sementara je dok? pastu cari semula guana gamok????




Wan Azizah nampak jer macam cool tapi dalam rumah dorang bersilat bagai, kita mana tahu kan... hahahaha




Pagi tadi Ketua Pemuda PKR dan 10 kawannya menuju ke lobi mahkamah jerit reformasi dan dalam PC memaklumkan bahawa mereka akan menggerakkan rakyat agar turut turun jalanan cara aman tapi kes Anwar ditangguh kepada 15 Julai sebab peguam utamanya Suleiman Abdullah sambung cuti sakit.. Mungkin AI dah tahu kes akan tangguh, itu pasal lar penyokongnya xramai yang datang.. Mulanya Pemuda PKR kata 5 ribu yang akan datang, xder pun???? yang hadir pun xsampai lima ratus orang...




Pelik tul, apa nak kecoh hal ni, tunggu jer lar kat rumah keputusan mahkamah.. Agaknya orang Melayu Islam ni memang suka kumpul ramai-ramai teriak entah apa-apa yang kadang kala mereka sendiri tidak tahu tujuan asal mereka berkumpul jalanan tuh.. Nasihat Qaseh kepada golongan sebegini, balik rumah, atau sambung kerja, jaga keluarga, itu yang lebih baik..




Xmalu ker kepada bansga lain, xmalu ker kepada pelawat asing? apa kita nak ikut pengganas-pengganas di negara luar ker yang selalu buat tunjuk perasaaan?? Malaysia ada 22 juta rakyat dan tidak semua daripada mereka suka kepada tunjuk perasaan jalanan begini..




Cuba kita bertenang dan bersemuka dengan pihak Kerajaan dengan baik, pasti banyak masalah akan selesai.. NIh tidak Nik Aziz nak ajak berdebat suh PM terima syarat2 dia, banyak cantik muka!!!!




Tuh yang berkumpul ramai2 pastu kes tidak dapat disambung bicara, xmarah lak kepada AI? kepada Peguam nyer yang sakit? xrasa buang masa? Kami yang rasa membuang masa rakyat, tolong lar AI sedar diri, banyak lagi kes lain yang Hakim nak dengar tau, jangan buat Hakim dan Mahkamah nih macam xder maruah, paling tidak ingat masa awak di tampuk pemerintahn negara dulu? TUn M pun xkacau awak tau... Sekarang ini balasan nyer?? Sungguh tidak bermoral, orang macam dia ni memang patut kena panah petir jer,,,




LU PIKIR LAR SENDIRI WAHAI PENYOKONG FANATIK GILA BABAS TERHADAP ANWAR IBRAHIM NIH...

SOLAT DENGAN PAKAIAN YANG LEBIH SOPAN...

* Cuba perhatikan betul betul tulisan pada baju yang dipakai oleh anak muda ini? Alhamdulillah beliau bersembahyang namun kita mendoakan agar beliau tidak terikut-ikut dengan tulisan yang tertera pada bajunya itu...

* Wallahuaalam...


Tuesday, July 7, 2009

SELESAI LAR SENDIRI


Semalam YAB Perdana Menteri telah menyatakan pendirian kerajaan untuk tidak campur tangan dalam kemelut Kampung Buah Pala, Pulau Pinang berhubung isu penyelesaian


Datuk Seri Najib menegaskan isu tanah adalah masalah kerajaan negeri yang tertakhluk kepada kawal selia pihak berkenaan tanpa perlu campur tangan kerajaan Pusat. Oleh itu, masalah berkenaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika kerajaan Pusat cuba masuk campur, ia akan menjadi permulaan sekaligus menjadi rujukan kepada kes yang banyak berlaku di negeri lain.


Merujuk kepada perkara ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan berhasrat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat bagi menyelesaikan kemelut Kampung Buah Pala ini bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil balik tanah seluas 2.6 hektar yang menjadi pertikaian...


Isu ini timbul apabila Mahkamah Persekutuan memberi tempoh sehingga 2 Ogos ini untuk penduduk di situ mengosongkan kawasan tersebut namun penduduk enggan berpindah dan tetap ingin tinggal di situ sehingga menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa mengambil balik tanah tersebut dan membayar pampasan kepada Pemaju Perumahan sebelum diserahkan semula kepada penduduk kerana mereka enggan menerima sebarang tawaran dan pihak pemaju juga enggan menerima sebarang pampasan.


* Memang sepatutnya Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam kemelut di negeri itu.. Dulu masa ambil tampuk pemerintahan, begitu angkuh di situ.. Leni bila ada masalah begini, PM gak yang dicari.. Saja lar nak suh PM pikul beban tuh...

Monday, July 6, 2009

makin teruk nih

6/7/2009 H1N1: 75 kes terbaru, 34 jangkitan tempatan PUTRAJAYA: Sebanyak 75 kes terbaru selesema babi (H1N1) dilaporkan sehingga jam 8 pagi tadi, termasuk 41 kes import dan 34 jangkitan tempatan dikesan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Sehingga kini, ia menjadikan kes terkumpul 434 di seluruh negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata demikian di sini, hari ini.
* makin teruk kes ni...

Saturday, July 4, 2009

anwar sebelum dan selepas...

Beza Anwar sebelum dan selepas

masa jadi ahli UMNO : dia yang paling BERKUASA
leni jadi penasihat PKR : kuasa pada orang UMNO seme xbetul belaka

masa jadi ahli Parlimen BN : menangis air mata darah berjanji mempertahankan parti
masa jadi ahli parlimen PKR : bermatian nak jadi Perdana Menteri

masa jadi menteri kewangan : semua lesen besar bagi kat kroni
masa jadi tahanan : macam-macam dia bebek kat kita ni...

masa jadi TPM : seme cakap PM betul belaka, pak hangguk, kaki ampu, segala macam muslihat
masa jadi ketua pembangkang : leni lum PM cakap, dia yang ter OVER sifat...

masa jadi orang gomen jadi orang kuat PARTI : dialah yang sedaya upaya nak pertahankan negara ini
masa jadi penasihat PKR ni : dia yang volunteer nak jual negara ni, pulak dah, cakap serupa bikin, dalam mulut ada bangkai busuk...

Wallahuaalam..


tu lar dia nama nya anwar...

Friday, July 3, 2009

APA LAK ANWAR NI, DIA WAT SALAH KITA LAK DITUDUH NYER..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.
"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang. Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.
Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar. Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.
Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar. "Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius. Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan. "Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya. Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.
* Ala lak kena mengena media BN ngan hal dorang kelahi? dah memang kerja media melaporkan pergolakan politik tanahair...
*sewaktu kecoh Dato' Norza ditangkap hal rasuah ari tu pun dorang tepuk tangan, dan minta SPRM lebih telus bahkan meke seolah-olah lebih sudu dari kuah.. xder pun kita-kita ni nak bising...
**tingat masa kecik2 kalau dah kalah memang perangai orang kalah camtu.. cepat nak meroyan.. ngit ngit nang, saper lengit wat lari tunang...** hihihi anwar anwar sia-sia jer mak ngandung ko sembilan bulan ek...
































(Ni Qaseh terima satu kiriman emel dari seorang kawan yang telah diforward kepada beliau....)
Assalammualaikum... Dah brapa banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite…. Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak…..Sabar jelah…..

Kg Baru Sg BulohSg BulohSelangor
18 April, 2009

Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.

Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas. Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh. Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal.

Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.

Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.

Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran. Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda...

Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!! Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri. Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.

Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit)

Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport.

Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.

Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula. Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah:

1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.

2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus.. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.
3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.

4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.
5.. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...

6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia

dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).

7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat..

8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali.

Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 4-30 petang. Kilang membuat sarung tangan ini musnah samasekali.. Seorang pekerja warga Bangladesh cedera ringan ketika menyelamatkan diri. Dan, bagi anggota bomba, kesukaran paling mencabar bagi mereka apabila banyak dari kilang-kilang ini tidak mempunyai pili bomba dan terpaksa meminjam suumber dari kilang lain. Di kawasan ini, adalah menjadi tanggungjawab pengilang mendirikan pili bomba mereka sendiri.

Kerugian dianggarkan berjuta ringgit. Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami kerosakan.
Itulah sahaja laporan saya mengenai kebakaran kilang ini yang tak berapa menarik sebenarnya untuk disiarkan...

* Wuih dahsyat tul tempat ni... Qaseh tengok gambar pun dah loya memikirkan apakah aku dah termakan makanan yang dibuat dari kilang di sini..*

* Insaflah wahai pengilang, janganlah mencari untung dengan menggadaikan nyawa manusia lain...*

Wednesday, July 1, 2009

OH DUNIA...

zaman sekarang mak ayah akan membelikan anak masing-masing xkira di sekolah rendah mahupun menengah dengan telefon bimbit.. Kalau takat Nokia 3310 ke 3320 ker ok lar tapi anak-anak pun dah pandai demand..
ini adalah satu contoh bagaimana gejala sosial di kalangan remaja menular dengan sangat mendadak. banyak perkara lain turut menyumbang kepada seriusnya masalah gejala sosial di kalangan remaja, belia muda mudi.. Sapa kata ibu-ibu dan bapa-bapa dahulu xkuar dating, saper kata mereka xder pengaruh fesyen, saper kata dulu2 xder minat kepada artis barat dan tempatan? seme tu ada tapi ibu dan bapa kita sangat-sangat bertuah kerana mereka bukan tergolong dalma lingkungan manusia yang terjebak dalam kancah gejala sosial.. tapi tengok lar apa yang dah berlaku sekarang?
saban hari kita disajikan dengan berita yang sungguh menyedihkan, meruntun hati dan naluri insan dan tidak kah kita terfikir bagaimana perasaan ibu apabila melihat anak mereka yang terlibat dalam gejala sebegini... Qaseh faham, remaja, belia dan muda mudi tidak minta mereka jadi begitu, oleh yang demikian sebagai ibu bapa, peranan sebagai ketua keluarga haruslah dimainkan dengan lebih jujur dan amanah agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang cemerlang gemilang dan terbilang akan terlaksana jua...
Wallahuallam

HEPI BESDAY TO U..

Qaseh bagi kek tru blog pun ok ek... hihihi


Hari ni besday seseorang, kalau dia terbaca blog Qaseh ni, Qaseh mendoakan agar kehidupannya dilimpahi RahmatNYA sentiasa...
Semoga dilimpahi keamanan, ketaqwaan, dan keredhaan Ilahi sentiasa... Semoga diberkati dunia akhirat, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki... Semoga menjadi insan yang lebih tawaduk dan fokus dalam sebarang urusan untuk menjana masyarakat yang mementingkan agama... Amin