Thursday, May 28, 2009

KENANGAN YANG TERINDAH...



1) Makanan Sundal, 2) bergambar ramai-ramai di TTDI 3) keadaan kesesakan menuju ke Tangkuban Perahu

4) Angkut-angkut yang digunakan untuk membawa kami ke Puncak Gunung Tangkuban Perahu, 5) Permandangan di atas Puncak




6) Gerai sate kelinchi, 7) Permandangan gerai yang tersusun di atas puncak gunung ini


Sempat berbincang tentang mutu batik di sini

Salam... agak lama saya tidak menjenguk ke Kamar Pink ini... bukan tidak punya masa tetapi terlalu banyak masa dihabiskan bersama teman-teman lama di alam FaceBook... Qaseh berkesmepatan mengunjungi Jakarta dan Bandung dua minggu lalu (21-24 Mei 2009).. Sebelum berangkat lagi ramai rakan2 yang mengingatkan Qaseh pelbagai perkara.. Ada yang pesan agar Qaseh menyediakan bekalan peluru yang banyak, al-maklum Bandung ibarat Kota Paris celup terdapat pelbagai barangan berjenama yang menjadi kegilaan muda mudi masa kini, ada yang berpesan agar sentiasa menjaga diri, dan menghindari diri dari memberi sedekah kepada kanak2 jalanan yang meminta uang... "Bahaya, nanti kalau kita beri kepada seorang budak, dia akan memanggil kawan-kawan nya yang lain" dan macam2 peringatan lain.. Qaseh tidak begitu risau memikirkan hal shopping dan perihal peminta sedekah ini, tetapi membayangkan Kota Paris Celup yang sentiasa padat dengan manusia yang datang dari segenap pelusuk dunia... dan akhirnya hari yang dinanti pun tiba..

Hari Pertama

Seawal jam 7.00 pagi Qaseh dan emak sudah meninggalkan rumah bersama rombongan menuju ke KLIA, walaupun pesawat kami berlepas di sebelah petang namun disebabkan kawasan kami yang agak jauh dari KLIA memaksa kami berada di jalanan seawal pagi... KLM 0809 kami naiki jua menuju ke Kota Jakarta.. Sesungguhnya sudah agak lama Qaseh tidak berpeluang melancong ke luar negara.... Percutian yang terakhir ialah ke Medan pada bulan Ogos 2007.. Kami menjejaki bumi Jakarta selewat petang Khamis..

Sesudah selesai segala urusan di balai ketibaan, pemandu pelancong membawa kami ke Restoran Selera Jumbo yang terletak di Jakarta Pusat untuk menikmati masakan Padang bagi hidangan makan malam.. Lebih kurang jam 9 malam waktu tempatan kami sudah berada di Hotel Bintang di Jalan Raden Sari bagi beristirehat setelah seharian penat di jalanan...

Hari Kedua

Seawal jam lima pagi Qaseh telah dikejutkan oleh ibu kerana kami akan bergerak ke Kota Bandung tepat jam 7 pagi tempatan.. Waduh, baru rasa nya ketiduran, sudah mahu bangun... Selesai sarapan pagi, ahli rombongan sudah siap sedai untuk kepergian tapi waduhhhh, bas nyer pula yang rosak, bikin kami kabut saja... jam 9 pagi baru kami mendapat kemudahan bas yang baru dan tanpa banyak soal, kami segera memenuhkan ruang bas ini.


Tempat pertama yang dituju ialah Tamam Mini Indonesia yang menempatkan monumen2 utama negara selain menempatkan Rumah2 Tradisi Indonesia mengikut kawasan Jawa Timur, Jawa Tengah dan Jawa Barat.. kami tidak dibenarkan melawat satu persatu kawasan ini tetapi memadai melihat dari dalam bas yang bergerak.. Mungkin kalau dibiarkan kami di sini, mahu nyer satu hari pun belum tentu mencukupi waktu... mana tidak nya ada rumah Sumatera Barat, Kalimantan Tengah, Sulawesi Utara, Sulawesi Selatan, Nusa Tenggara Timur, Nusa tenggara Barat, Bali dan macam2 rumah lagi...


Mungkin disebabkan masing2 kepenatan bergambar di TTDI, maka sepanjang perjalanan menuju ke Kota Bandung Bandung, kami mendiamkan diri atau lebih tepat zzzzzzzzzzzzzz... Namun Qaseh dan ibu amat kagum denagn semangat dan kerajinan penduduk di Indonesia ini.. mana tidak nya dengan jumlah penduduk yang tertinggi di dunia, 220 juta penduduk maka mereka harus berusaha untuk mencari sesuap nasi setiap hari dan kami perhatikan tiada sedikit pun ruang tanah yang dibiarkan.. sama ada dibangunkan untuk tujuan kediaman, perusahaan atau pertanian....


Sesampai di Kota Bandung, sebelum memulakan aktiviti membuang 'uang' maka perut nya harus diisi terlebih dahulu... kenyang betul merasai hidangan tengahari Sundal di Restoran Ibu Kadi.. Kemudian kami dibawa ke Toko 3, outlet jeans dan barangan kulit berjenama.. memang murah dan sungguh berbaloi kami membelinya... Setelah puas menghabiskan berpuluh2 juta di sini, kami dibawa pula singgah di Nusantara Heritage, Butik Batik yang amat terkenal di Kota Paris ini.. hihi.. Mak aii, melihat kepada harga yang ditawarkan rasa mahu sahaja keluar dari butik ini, tapi disebabkan keinginan untuk membeli begitu kuat, maka sempat juga Qaseh dan Ibu membeli baju batik pasang masing2 satu sahaja.. itu pun beli yang murah, kalau dibeli yang paling bagus, makna nyer kami mampu bershopping setakat ini sahaja dan tiada ole2 untuk teman di Malaysia...


Nama nya Terminal Tas, dan terbayang di kotak fikiran Qaseh tentu banyak handbag yang berjenama dijual di sini, namun agak hampa kerana kebanyakan tas yang dijual di sini lebih kurang yang ada di Petaling Street mahu pun di Chow Kit Road.. Mana ya, tempat handbang yang dikatakan murah oleh teman Qaseh tu... Hampa dengan keadaan ini lantas membawa kami merayau ke Kompleks Membeli Belah yang lebih elegan, Heritage... Qaseh dan ibu agak lama di sini kerana menemankan kawan kami yang kebetulan ingin membeli handbag LV kepada isteri tercinta.. Jenuh juga mencari yang sesuai... Kagum dengan si teman ini yang sanggup leka bersama kami mencari yang terbaik buat si isteri yang menanti kepulangan nya nanti..


Usai semua urusan pembuangan 'uang', kami akhirnya dapat beristirehat di kamar.. Walaupun urusan pendaftaran agak lewat, namun bersyukur kerana Allah swt membantu perjalanan ini.. Hotel Mutiara..


Hari Ketiga


Pada hari ketiga di sini, seawal pagi kami telah dibawa menyusuri Jalan Setia Budi untuk menuju ke tempat bersejarah yang popular di Daerah Lembang iaitu Bukit Tangkuban Perahu. Tanahnya di sini amat subur dan sesuai untuk penanaman buah strawberi.. Kami jua dimaklumkan bahawa kawasan di sini amat sejuk pada malam hari dan oleh sebab itu sate 'kelinchi' 9arnab) amat popular yang mana ianya boleh meneutralkan kehangatan badan manusia.. Di Daerah Lembang ini juga terkenal dengan pengeluaran susu yang banyak dan penghasilan susu yogult telah dijadikan industri asas di sini.


Tepat jam 12, kami telah turun dari Tangkuban Perahu dan kelihatan berderet bas rombongan dan kereta yang menunggu untuk naik ke atas bukit ini. Memang bagus perancangan yang telah diatur oleh pemandu pelancong kami dan sekurang2 nya menyelamatkan kami dari kesesakan ini. Akhirnya tempat yang dinanti ku jejaki jua... Pasar Baru Kota Bandung tempat yang wajib dijengahi sekira anda berkunjung ke sini.. Mak aaai, pemandu pelancong memberi kami ruang waktu yang sangat mencukupi bagi kami memilih barangan di sini.. pada mula nya agak seronok tetapi melihat kepada kanak2 yang sentiasa mengekori ke mana sahaja kami pergi untuk meminta sedekah, kami mula merasa rimas... nak membeli belah langsung hilang mood dengan suasana yang sebegini, di tambah lagi dengan kesesakan di dalam pasar menyebabkan selera membeli di paras ala kadar sahaja...:(


Kami beredar menuju ke Hotel pada waktu Pasar Baru hendak ditutup, hebat juga Orang Malaysia datang ke Bandung ni membeli belah ya...


Hari Keempat


Hari terakhir di sini, ada lagi barang yang belum dibeli... untuk anak-anak saudara ku masih belum dibeli apa-apa pun.. Lantas kesempatan berkunjung selama dua jam di Mangga Dua Jakarta digunakan sepenuhnya untuk mencari hadiah yang sesuai...


Alhamdulillah setelah selesai segala urusan di kaunter pendaftaran, kami berlepas pulang dengan pesawat KL 0810 jam 7.45 malam. Segala urusan di KLIA selesai lewat jam 10.30 malam dan kami betolak pulang ke Kuantan pada jam 11.00 malam....Qaseh dan ibu selamt sampai di rumah jam 6.00 pagi pada 25 Mei 2009 sedang umat Islam bangun untuk mengerjakan Ibadah Solat Subuh...



Wallhuaallam

No comments:

Post a Comment