Friday, March 6, 2009

Salam,

Kita akan bercuti panjang, mungkin ada di kalangan kengkawan kita sudah ada plan bersama family... walau bagaimana sibuk pun kita kedua ibu bapa jangan dilupa. saya juga sebenarnya terlepas pandang keperluan kedua ibu bapa saya bagi bulan ini. ini adalah kerana untuk tiga minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dan terlupa bahawa sekarang sudah memasuki bulan baru, Mac.. terpaksa lah ibu saya sendirian menyelesaikan segalabnya di kampung. Rasa bersalah terbit jua memandangkan sepanjang hayat mereka lah kita sebagai anak harus menjaga mereka sebaik mungkin.. Saya bertuah kerana masih ada ibu dan bapa untuk mendengar segala masalah saya, bagaimana mereka yang tidak mempunyai ibu bapa, bukan hanya kerana ibu bapa meninggal atau mungkin ibu bapa mereka bercerai atau meninggalkan mereka pada masa mereka masih kecil... Syukur kepada Ilahi

Bercakap soal syukur, saya selalu melihat ramai orang kita yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt beri... apabila kita mengadap rezeki, sekiranya rezeki tersebut tidak memenuhi selera kita terus dikomen rezeki tersebut, apabila kita ditimpa penyakit terus mengomel... Namun pernah kah kita bersyukur???
Bersyukur lah wahai kengakwan sekalian

No comments:

Post a Comment