Satu Malaya sudah mengetahui bahawa KJ, Rosnah, dan Sharizat telah pun dipilih oleh perwakilan sayap pemuda, wanita dan pu3 untuk menjadi ketua mereka.. Walaupun bagi sayap pemuda dan pu3 pemilihan ini tidak melambangkan suara perwakilan yang sebenarnya, namun semua ahli harus akur dengan keputusan yang telah dibuat.. Sharizat pula dilihat menang dengan majoriti yang agak selesa.. Qaseh amat berharap agar KJ dan Rosnah dapat turun padang bermesra dengan semua ahli, bukan sekadar penyokong mereka sahaja, ini adalah demi memastikan ahli sayap parti ini tidak berpecah belah... Qaseh percaya sejauh mana pun rajuk penyokong2 Mukhriz, Khir, Dato Shahaniza, Ismalina, mahupun Bibi, tetapi sekiranya ketua2 ini pandai mengambil hati memujuk merayu seperti mana ingin bertnding dulu, InsyaAllah, ahli nya akan tetap bersatu.
Jangan lah pula ketua2 ini sesudah menang, duduk goyang kaki terus lena diulit mimpi... Kalau sebelum menang kampung yang kusam, bukit yang curam, sungai yang deras, lembah yang dingin semuanya boleh dijejaki sekarang pun seharusnya begitu juga....
Bak kata DS Najib, semboyan telah pun berbunyi ayuh kita bangkit menghadapi apa jua rintangan... Hidup Melayu! Hidup UMNO
No comments:
Post a Comment