YAB Dato' Seri Najib melawat kawasan-kawasan yang kritikal di dalam Kuala Lumpur dan merasai sendiri pengalaman rakyat... Dato' Seri berada di situ xsampai pun 1 hari tapi dah mengeluh dengan keadaan yang sangat kritikal, dengan projek Plaza Rakyat yang masih tertangguh dan macam-macam lagi masalah lain.. Kalau PM pun yang xsampai sehari pun boleh mengeluh bagaimana rakyat yang saban hari terpaksa melalui kehidupan ini tanpa ada sebarang pilihan. Belum ditambah dengan keadaan di Kotaraya yang dilambak dengan ribuan 'pelancong asing' yang Qaseh kira akan berjaya menakhluki kawasan itu sebagai kawasan mereka sekiranya kerajaan memandang sepi permasalahan yang sedang berlaku..
Qaseh sempat mengucapkan tahniah kepada antara Barisan Kabinet yang dipilih bersama saf PM, ada yang membalas dan antara yang membalas itu ada yang berbunyi "menteri itu jawatan je... kerja mesti dibuat, itu yang penting & utama"... Qaseh puji lah pemimpin yang sebegini.. Kalau 20 tahun lalu semua Wakil Rakyat mempunyai pemikiran sebegini tentu kita tidak akan melalui hari-hari yang sesukar sekarang.. Nah sekarang, anak2 hingusan yang 20 tahun melihat, merasai, melalui arus pembangunan telah pun dewasa dan kuasa mengundi turut berada di tangan mereka, lalu salah siapa kah kira mereka tidak dapat mengikut rentak tari kerajaan yang sedia ada???
Qaseh percaya rakyat tidak benci kan UMNO, rakyat tidak tolak kerajaan Barisan Nasional tetapi rakyat tolak pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.. Qaseh tidak mahu PAS atau PKR yang memerintah kerana Qaseh merasakan BN+UMNO lah satu2nya Parti Kerajaan yang dapat membangunkan rakyat, yang dapat menjaga rakyat, yang dapat menyatupadukan rakyat, yang dapat memberi keselesaaan kepada rakyat... Jika Parti keramat kita UMNO yang dapat memenuhi semuanya ini, sebolehnya kita yang berada di dalamnya haruslah jangan memikirkan kepentingan peribadi...
Jenguklah rakyat di bawah, tanpa rakyat sungguh tiada berfungsi sesebuah kerajaan...
No comments:
Post a Comment