Wednesday, April 8, 2009

SEPERTI SEDIAKALA......

Keputusan Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Bukit Segantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah pun diketahui... Sebagaimana pemimpin negara menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jentera Barisan Nasional juga turut begitu...
Marilah kita mengambil ikhtibar dan bermuhasabah diri dengan sepenuh hati agar memberi kita semangat untuk terus mempertahankan kerajaan yang sedia ada.. Rakyat bukan menolak Barisan Nasional sepenuhnya tetapi adatlah apabila sudah terlalu lama memerintah mesti ada pasang surut nya.. Kalau kita tidak menerima dugaan seperti ini, kita tentu tidak mengetahui kelemahan Kerajaan Barisan Nasional ini... Sekiranya kita menerima dan memperbaiki dengan cepat, InsyaAllah segalanya akan kembali seperti sediakala, cuma waktunya sahaja...
Sekarang adalah waktu untuk semua jentera Barisan Nasional 'turun padang', jaga kawasan, jaga kebajikan dan jangan terlalu mementingkan keperluan peribadi. Sebenarnya bak kata pengundi di salah sebuah tempat di DUN Trong, bukan pembangunan yang gah diimpikan tapi cukup untuk menerima kemudahan elektrik seperti sebelum ini... Nah, lihat lah selama 50 tahun kita memerintah bagaimana kita terlepas pandang perkara yang kecil hingga memudaratkan Kerajaan Barisan Nasional keseluruhannya?
Saya kira baik Ketua Kampung, Pengerusi JKKR, Pengerusi KRT yang dilantik haruslah memainkan peranan yang proaktif bagi memastikan penduduk di kawasan masing-masing mengecapi pembangunan yang disediakan oleh kerajaan ini. Janganlah ketua kawasan ini hanya pandai menjadi kaki ampu, mengiringi YB melawat kawasan, sekiranya YB tiada dia pun tiada masa mengambil tahu hal kemajuan kawasan.....
Kita mahu negara kita kembali aman dengan mendapat majoriti Parlimen yang lebih banyak dan kalau boleh pembangkang pun payah masuk parlimen.. Kita harus faham sebaik mana pun kita menyediakan prasarana, tapi bila nama 'pembangkang' jiwa membangkang tetap ada dan akan dan akan terus membangkang hingga hujung nyawa mereka... Jadi yang harus kita buat ialah menyediakan keselesaan keapda rakyat dan saya percaya sekiranya rakyat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional dan walaupun pembangkang terus 'menyerang' kita, namun pada masa itu rakyat sudah tidak akan memperdulikan serangan mereka, kerana rakyat telah selesa dan tetap setia bersama Barisan....
Bila agaknya seperti sediakala? Wallhuaallam

No comments:

Post a Comment