Monday, April 20, 2009

SERBA TAK KENA




Salam, hampir seminggu Qaseh tidak bersama teman2, bukan tidak teringat tapi terlalu sibuk dengan urusan di luar kawasan... lama meninggalkan alam maya ni macam kririkan yang diterima.. terima kasih atas kritikan.. Bukan bermaksud nak puji diri atau Barisan Nasional tapi mari kita kaji sedalam-dalamnya... UMNO lah yang ditubuhkan untuk membela nasib orang melayu, tetapi lama kelamaan apabila terlalu ramai sangat orang melayu yang kecewa maka wujud lah pelbagai parti politik lain...


Sekarang ini adalah masa untuk kita Umat Islam bersatu, mempertahankan kerajaan yang sedia ada supaya kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu kita sekiranya kita gagal mempertahankan negara dari dijajah...


Dato' Seri Najib dah pun dilantik sebagai Perdana Menteri ke6, dah pun disambut dalam suasana yang penuh hening dan terharu di Kuantan dan Pekan.. Saya kira bukan sahaja orang BNyang turun menyambut anak Pahang ini tapi seluruh masyarakat bersama-sama PM pada hari itu dan mengenepikan seketika fahaman politik pada masa itu.. Sepanjang jalan dari Kuantan ke Pekan saya sempat melihat kain sepanduk dari parti pembangkang yang turut mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib... Bagus begitu!!!Saya kira Kerajaan Negeri Pahang bukan mahu membodek dan Dato Seri Najib bukan mahu bermegah dengan perlantikan ini dengan menghimpunkan lebih 40 ribu rakyat di Kuantan dan lebih 10 ribu menunggu kepulangan Dato Seri di Pekan, tetapi memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mendekati pemimpin No. 1 Malaysia ini...


Terlalu banyak kritikan untuk Barisan Nasional pada masa ini, dan saya kira dalam keadaan sekarang segala tindak tanduk pemimpin BN semua nya salah dan tidak kena di mata pembangkang hingga memaksa mereka mempengaruhi rakyat dengan pelbagai helah.. Memang benar lah kata orang2 tua, hendak menyatakan kebenaran memang sukar berbanding untuk menyebarkan fitnah yang pasti akan dipercayai oleh ramai orang..


No comments:

Post a Comment