Wednesday, February 10, 2010



dah tak daya duduk je rumah tu, tak payah lar nak ikut gi mahkamah... dah tiba masa nya bermain ngan anak cucu....

Tuesday, February 9, 2010

TENGOK LAR.... RAKUS NYA DIA


SAYA AMBIL DARI BLOGSPOT JERRYDOMIEN...

TENGOKLAH AKSI TERLAMPAU MANUSIA YANG BERCITA-CITA NAK JADI PEMIMPIN NOMBOR SATU MALASYIA?? BOLEH PAKAI KA????

APA LU MAHU JAWAB???

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MAAL HIJRAH, SALAM TAHUN 2010



Pelbagai masalah yang berlaku di dalam negara pada masa sekarang adalah 1000% didalangi oleh musuh Malaysia nombor satu iaitu orang yang bernama Anwar Ibrahim.


Tempoh selepas PRU 12 adalah tempoh Perdana Menteri bersama Barisan Jemaah Kabinet membuat kerja, membela rakyat, mendengar keluhan rakyat, menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat sebaliknya dikacau oleh puak-puak yang iri hati ini sehingga sedikit sebanyak menjejaskan konsentrasi kerajaan ke arah itu.


Walau sebagus mana kerajaan Barisan Nasional memerintah, di mata pembangkang BN tetap salah. BN tetap tidak dapat membuktikan bahawa kita adalah sebuah Kerajaan yang mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhan. Dan ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa jangka hayat sesebuah parti kerajaan adalah dalam tempoh 50 tahun sahaja dan apabila berlaku pergelutan yang hebat di dalam negara maka mereka berfikiran bahawa Kerajaan Barisan Nasional umpama retak menanti belah, umpama patah menanti rebah...


Namun adakah mereka yang sungguh pandai bercakap semborono ini mempunyai fikiran yang jauh lebih matang seperti pemimpin kita yang terdahulu? Apakah mereka bersedia untuk mentadbir Kerajaan Malaysia andai Barisan Nasional rebah? Apakah mereka akan menjadi lebih hebat berbanding Kerajaan yang sedia ada? dan yang paling utama adakah rakyat Malaysia berani memperjudikan nasib dengan memberi laluan kepada pembangkang memerintah.. Tak kena kita belum tahu, dan kena baru terasa malu.... Tengoklah apa yang terjadi kepada pentadbiran pembangkang di lima buah negeri yang mereka takluki, apa yang sudah terjadi???


Mungkin saya ibarat kata Encik Zul hanya pandai membaca utusan dan berita harian.. saya mengakui itu tapi tidak semestinya kesemua apa yang ditulis di dalam kedua-dua bahan itu saya terima bulat-bulat.. saya ada juga membaca harakah daily, suara keadilan dan setiap yang dihujah di dalam artikel pembangkang turut saya perhalusi. Saya sebagai penyokong Kerajaan Barisan Nasional dan ahli UMNO yang bergiat aktif turut mengakui kekurangan saya dan KITA BERUSAH MENUTUP LOMPANG-LOMPANG ITU namun adakah saudara-sudari pembangkang menyedari kelemahan saudara-saudari sendiri???


Saya bertambah malu apabila di dalam ceramah PKR, apabila Chua Jui Meng berucap mempersendakan Al-Quran, orang Melayu Islam turut tersengih??? Apakah kerana kamu semua adalah ahli pembangkang, maka kamu orang Melayu Islam harus mengiyakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan... dan saya membuat kesimpulan di sinilah terletaknya KEBODOHAN orang PAS terutamanya....


Sebenarnya, pemikiran orang PAS terlalu kolot dan terlalu sempit dan saya sentiasa berdoa agar semua ahli PAS di dalam kawasan saya akan cepat sedar dan kembali menyokong Kerajaan Barisan Nasional... Tak rugi mengakui kesilapan sekarang daripada kita menyesal di kemudian hari..


Perlu diingat sebelum kewujuadn PAS, nenek dan moyang kamu semua adalah penyokong kuat UMNO... Mereka telah bertungkus lumus berusaha memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah, namun kamu sepatutnya berasa malu kerana ingin menyerahkan Tanah Melayu kembali kepada penjajah... Apakah yang kamu hendak jawab dengan cucu cicit kamu nanti apabila mereka bertanya Wahai Atukku, kenapa Atuk menentang Kerajaan UMNO dan membiarkan Tanah Melayu ini jatuh kembali ke tangan pembangkang a.k.a penjajah???


APA LU MAHU JAWAB LAR WAHAI ORANG PAS YANG TAK PASS SEKOLAH???


Wallahuaalllam