Tuesday, March 31, 2009

PEMIMPIN PILIHAN PERWAKILAN

Satu Malaya sudah mengetahui bahawa KJ, Rosnah, dan Sharizat telah pun dipilih oleh perwakilan sayap pemuda, wanita dan pu3 untuk menjadi ketua mereka.. Walaupun bagi sayap pemuda dan pu3 pemilihan ini tidak melambangkan suara perwakilan yang sebenarnya, namun semua ahli harus akur dengan keputusan yang telah dibuat.. Sharizat pula dilihat menang dengan majoriti yang agak selesa.. Qaseh amat berharap agar KJ dan Rosnah dapat turun padang bermesra dengan semua ahli, bukan sekadar penyokong mereka sahaja, ini adalah demi memastikan ahli sayap parti ini tidak berpecah belah... Qaseh percaya sejauh mana pun rajuk penyokong2 Mukhriz, Khir, Dato Shahaniza, Ismalina, mahupun Bibi, tetapi sekiranya ketua2 ini pandai mengambil hati memujuk merayu seperti mana ingin bertnding dulu, InsyaAllah, ahli nya akan tetap bersatu.

Jangan lah pula ketua2 ini sesudah menang, duduk goyang kaki terus lena diulit mimpi... Kalau sebelum menang kampung yang kusam, bukit yang curam, sungai yang deras, lembah yang dingin semuanya boleh dijejaki sekarang pun seharusnya begitu juga....

Bak kata DS Najib, semboyan telah pun berbunyi ayuh kita bangkit menghadapi apa jua rintangan... Hidup Melayu! Hidup UMNO

CUTI OH CUTI



Di mana2 sekarang ini rakyat xkira pembangkang mahupun penyokong masih sibuk memperkatakan pemilihan yang baru selesai.. Ada yang menang sekarang ni sedang sibuk mencari tempat2 sesuai untuk membawa para penyokong pergi bercuti setelah hampir 6 bulan berhempas pulas cuba memenangi hati para perwakilan..

Tapi, sekurang2nya jgn lah pergi di saat BN sedang bertarung di tiga negeri ini.. Kita faham yang menang nak meraikan para penyokong tapi tahan2 lah dulu rasa gembira itu, banyak kan bersabar....

Nanti apa kata perwakilan yang telah mengundi anda? Hampa mereka bila bayang anda tidak langsung kelihatan di mana2 tempat pun di pilihanraya kali ni...

AYUH PULIH KAN PARTI


Salam untuk semua kawan-kawan, rasa letih sepanjang kempen masih lagi terasa tetapi bila dapat suntikan daripada ucapan najib tempohari, hilang rasa penat, tetapi meluap-lupa rasa ingin membantu bekerja untuk pulihkan parti.. Tarikh 28 mac akan terpahat dalam ingatn sebagai tarikh yang amt suakr dilupakan.. bukan kerana janji PakLah untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri keapda DS Najib, tetapi lebih daripada itu, saya kira bukan saya sahaja tetapi semua perwakilan yang berada di dalam dewan itu berada terpanggil dan mendapat suntikan dan momentum baru agar sedetik pun kita tidak boleh leka....
Mana-mana perwakilan yang tidak berkesempatan hadir berada di dalam dewan, saya rasa mereka telah merenyukkan kepercayaan perwakilan bahagian yang memilih mereka untuk mendegar amanat pembesar negara ini...
Dan bukan untuk perwakilan sahaja, orang Isalm, orang Melayu juga harus berubah.. Jangan terlalu pentingkan diri sendiri tetapi biarlah kita sama-sama menajag bangsa kita, jangan mengharap pemimpin sahaja yang yang menjaga negara kita..... (sori gmbr pentas tahun 2007) sengaja imbas kenangan..

Friday, March 20, 2009

Hidup UMNO Hidup Barisan Nasional



Selamat Bersidang
Sekarang ni di mana2 hebat memperkatakan pemilihan pucuk pimpinan UMNO yang baru dari jawatan Presiden (walau dah menang bertanding) hinggalah ke jawatan exco...
Bukan hanya calon2 sahaja yang penat, tapi saya kira para perwakilan pun penat menghitung MT dan Exco yang nak bertemu..
Bagi jawatan penting dalam sayap wanita, pemuda dan puteri diam tak diam tinggal 4 hari sahaja lagi.. saya percaya semua jentera menggunakan sehabis daya usaha untuk memenangkan calon masing2, namun yang paling penting, walau siapa pun pilihan kita, walau siapa pun lawan kita jangan lah kita menggunakan taktik memburukkan lawan untuk kemenangan di pihak kita.. saya ada terdengar ada pihak yang sanggup mengupah individu tertentu bagi memastikan kemenangan geng nya dan menumpaskan geng lawannnya di bahagian2... xbagus kan cara begitu.. biarlah kita menang disebabkan usaha kita sendiri dan bukan dengan cara menjatuhkan org lain dengan taktik kotor...

Saya bimbang sekiranya hal begini berterusan, generasi muda akan terikut2, dan seterusnya parti ini akan menjadi lebih porak poranda...

Kepada semua perwakilan baik g7 mahupun g6 semoga dapat membuat keputusan yang terbaik demi memastikan Barisan nasional yang ditunjangi UMNO lebih daripada 50 tahun ini menjadi lebih relevan pada masa akan datang..

"Hidup UMNO Hidup Barisan Nasional"
Salam...
Musim cuti sekolah kembali lagi...
Bila musim sekolah datang, saya tarik nafas lega sikit coz parking kat kawasan pejabat kitorang ni xler terganggu sangat.. klau tidak, mak aiiii lima enam kali tawaf pun lum tentu dapat parking.. Saya rasa bukan kat pejabat saya jer perkara mcm ni berlaku, masalah parking ni di mana2 berlaku.. Sebab tu saya rasa kalau sesaper ada tanah walau pun sekangkang kalau dijadikan tempat parking berbayar, tentu untung banyak... Baru2 ni saya sempat singgah di Masjid Kampung Baru, dan kat situ memang xder parking free. Empunya tanah kat depan Masjid tu memng bertuah coz dapt tanah kat situ, yang saya kira memg ebrnilai.. ditambah lagi empunya tanah tu manfaat kans epenuhnya tanah nya walau sekangkang kera sebagai tapak letak kereta.. cuba bayangkan bayaran letak kerta bagi satu kereta ialah rm3, kalau ada 500 kereta yang masuk sehari dah tentu pulangannya lumayan.... rm1500 sehari, kalau 30 hari???? wowo sungguh menguntungkan....

Wednesday, March 11, 2009

Perihal Pembangkang

salam kengkawan.... apa khabar seme? uall tengok tak perbentangan bajet semalam? teruk tul tindakan pembangkang yang bertindak keluar dewan.. kalau iyer pun marah, as the representative of theirs parliament, dorang xleh lah nak kuar dewan sesuka hati kan.. saya masih ingt lagi dulu2 kat sekolah saya jadi pengawas, dan guru pengawas saya memg garang dan kotorang memg benci kat dia tapi kami xlah kurang hajor benor nak kuar bilik mesyuarat.... tapi leni dorang ni langsung xrespect kat pemimpin... saya pun korang fhm cmner rakyat boleh pilih MP yang mcm ni, yang xhormat pemimpin tapi dalam masa yang sama dorang nak rakyat hormat kat dorang...... Wallahuallam....

Friday, March 6, 2009

Salam,

Kita akan bercuti panjang, mungkin ada di kalangan kengkawan kita sudah ada plan bersama family... walau bagaimana sibuk pun kita kedua ibu bapa jangan dilupa. saya juga sebenarnya terlepas pandang keperluan kedua ibu bapa saya bagi bulan ini. ini adalah kerana untuk tiga minggu kebelakangan ini saya agak sibuk dan terlupa bahawa sekarang sudah memasuki bulan baru, Mac.. terpaksa lah ibu saya sendirian menyelesaikan segalabnya di kampung. Rasa bersalah terbit jua memandangkan sepanjang hayat mereka lah kita sebagai anak harus menjaga mereka sebaik mungkin.. Saya bertuah kerana masih ada ibu dan bapa untuk mendengar segala masalah saya, bagaimana mereka yang tidak mempunyai ibu bapa, bukan hanya kerana ibu bapa meninggal atau mungkin ibu bapa mereka bercerai atau meninggalkan mereka pada masa mereka masih kecil... Syukur kepada Ilahi

Bercakap soal syukur, saya selalu melihat ramai orang kita yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah swt beri... apabila kita mengadap rezeki, sekiranya rezeki tersebut tidak memenuhi selera kita terus dikomen rezeki tersebut, apabila kita ditimpa penyakit terus mengomel... Namun pernah kah kita bersyukur???
Bersyukur lah wahai kengakwan sekalian

Barisan kita, Negara kita




Salam, hai frens

Saya suka berkongsi pandangan berkaitan keluh resah rakyat terhadap Barisan nasional yang menunjangi negara lebih 50 tahun ini. Sejujurnya saya amat terkejut apabila pada pilihanraya ke 12 yang lalu, lima negeri telah terjatuh ke tangan pembangkang. Lebih memeranjatkan Barisan Nasional turut kecundang di dua pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di sini, dibesarkan di bumi yang sungguh bertuah ini, menikmati pembangunan Malaysia dengan penuh kesyukuran , tentu saya begitu sedih dengan segaal peristiwa yang berlaku. Mungkin banyak faktor yang mendorong kepada keadaan ini, bukan?
namun saya kira kita juga tidak pasti sama ada kerajaan BN sudah belajar dari kesilapan PRU12 atau masih terawang-awang mencari tapak yang rata untuk meneruskan rentak tari?
Saya percaya rakan-rakan juga sedih dengan segala peristiwa yang berlaku. Namun, apa peranan kita sebagai anak-anak selepas merdeka? apakah kita hanya mahu berdiam sahaja? Apakah kita rela barisan Nasional terus berkubur dan kita bertukar tampuk pemerintahan? Apakah kita anak Melayu mahu merempat di tanah ibunda kita sendiri? Daaaaaaannnnn yang paling penting, apa yang akan kita jawab kepada anak cucu kita atas kegagalan kita mempertahankan kerajaan kita yang sedia ada ini?
Wallahuaallam...

Salam Pagi Jumaat




Salam Pagi Jumaat buat semua rakan maya. Semoga pagi ini menjadi hari yang sangat indah dan damai buat rakan-rakan... Hari ini adalah hari kedua saya bersama rakan2 di dunia maya dan saya masih baru... Namun, baru atau lama, tua atau muda, besar atau kecil, itu tidak menjadi masalah asalkan kita jujur dan ikhlas.. Rakan2, kita akan bersama pada hari2 seterusnya untuk terus berkongsi idea dan pandangan...

Take a gudcare. Salam

Thursday, March 5, 2009

Selamat Menyambut maulidur rasul

Salam perkenalan buat rakan-rakan amya sekalian. 2day is may 1st day learn how to build my own blog.. so here i am.. so, for the 1st message, sempena menyambut kedatangan Maulidur rasul pada 9 mac ini saya mengucapkan Selamat menyambut Maulud Nabi kepada semua rakan-rakan. ave agud day and gud life
till we meet again..