Sunday, February 27, 2011

PRK KERDAU CORAT CORET 5


Assalamualaikum.. pekabor semua, dah seminggu SP tak update blog ni yerk... bukan bz mana pun, cuma bila dah lama duk di Kerdau ni, masa agak berharga dan macam-macam perkara nak kena buat... kikiki, akibatnya blog SP tak bergerak..


Fuhhh ramai gile manusia membanjiri bandar Temerloh untuk penamaan calon pagi tadi... Dari Command Center nak ke Temerloh bisanya ngambil masa selama 30 min jer, tapi hari ni pergghhhh makan ke satu jam lebih... keras punggung duk dalam kete ni:)

Pepe pun, proses penamaan calon dah selesai, maka sekarang ialah tempoh untuk jentera BN berkempen lak... Kempen kena lah secara berhemah dan jangan ikut cara pembanagkang yang hentam keromo jerk...

Tahniah kepada Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad yang terpilih sebagai calon Barisan Nasional N28 DUN Kerdau.. Marilah kita sama-sama memberi sokongan padu kepada calon BN bagi meningkat jumlah majoriti undi nanti...

Salam Seri Pahang...




















Thursday, February 24, 2011

PRK KERDAU CORAT CORET 4

Kebetulan yang sangat bermakna :)



1. PRK N.27Merlimau manakala PRK N.28 Kerdau


Eh eh, berturut-turut lak

2. Di Merlimau ada Lipat Kajang, di Kerdau ni pun ada Lipat Kajang tau....

3. Umur kedua-dua calon Bn di Merlimau dan Kerdau sama larrrr, sweet 44 gituhhh



Salam Seri Pahang

Sunday, February 20, 2011

PRK KERDAU CORAT CORET 3

Assalamualaikum semua.. senyap jer, dah tido ker? SP baru je balik makan steamboat di Rest House Temerloh ni.. bapok best nya... kawan-kawan patut mencuba... Rezeki SP tul tul murah kebelakangan ni, Alhamdulillah:)

Cakap bab rezeki, diam tak diam, sedar tak sedar PRK Merlimau dan Kerdau ni merupakan PRK yang ke 15 dan 16... banyak nya ek PRK dalam tempoh 3 tahun pas PRU 13... Ramai yang kata time PRK ni la boleh wat banyak duit... eeeehhh jangan salah anggap ek, bukan wat duit palsu tapi menambahkan rezeki..

Contoh yang paling ketara ialah berkaitan kadar sewa rumah.. huhuhu menangis la nak dapat rumah sewa pada harga RM300 ke bawah, waima RM1,000 ke bawah pun susah... alahai!

Begitu jugak dengan kadar sewa kanopi, meja kerusi, PA Sisteam dan segala mak nenek kelengkapan lain... Harga naik berkali ganda:) Makanan pun mahal tu.. Malam tadi SP order mee goreng bertelur mata kerbau, Rm5.00,a da brannnn ke issshhhh.. kaya dorang ni!!!

Apa-apa pun biar lah rezeki tersebut berpatutan dengan perkhidmatan dan jenis barang yang ditawarkan...

Selamat malam kawan-kawan


Salam Seri Pahang

Saturday, February 19, 2011

KEINDAHAN KEHIDUPAN

Bz nya SP sekarang ni.. hehehe tuntutan kerja dan tanggungjawab kepada agama bangsa dan negara membuatkan SP rasa sangat menghargai kehidupan..
Bersyukur kerana Allah swt berikan SP kudrat untuk meneruskan perjuangan ini.. walau mungkin agak terbatas ruang waktu berlibur namun seronok aja kehidupan sekarang.. SP percaya di mana kita berada, hidup mesti ceria dan gembira selalu walaupun banyak masalah menimpa..
SP suka kalau kita sentiasa senyum coz di samping menyenangkan orang yang memandang kita, ia juga memberi satu motivasi kepada kita bahawa hidup yang indah harus dipenuhi dengan perkara yang indah...
Salam ceria selalu..:)

PRK Kerdau Corat Coret 2

SP difahamkan ada 13 Daerah Mengundi DUN Kerdau ni dengan seramai 9,000 lebih pengundi dan 40% adalah pengundi muda...

1. Rumpun Makmur
2. Felda Jengka 25
3. Felda jengka 22
4. Kampung Batu Sawar
5. Felda Jengka 23
6. Kuala Tekal
7. Pulau Pasir Mandi
8. Kerai
9. Lipat Kajang
10. Desa Murni
11. Kerdau
12. Kuala Kerdau
13. Teluk Sentang

Jom Bersama!!!

PRK KERDAU... Corat Coret 1

Salam Pagi Sabtu, 19 Februari 2011

SP nak ucap takziah kepada seluruh keluarga dan pengundi di Kerdau atas pemergian Allahyarham YB Dato Zaharuddin Kasim pada minggu lepas... satu pemergian yang amat dirasai oleh kita semua. Dan sudah pasti akana da satu lagi PRK di Pahang
Malam tadi SPR dah umum tarikh penamaan calon di DUN Kerdau sama lak ngan di DUN Merlimau... Maknanya PRK yang ke 15 dan 16 la kita weh...
Setelah 14 PRK, nampaknya Barisan Nasional makin selesa apabila pengundi mula sedikit demi sedikit kembali kepada Bn.. satu perkembangan yang baik... Syukur Alhamdulillah..
Semoga jentera Barisan Nasional bersiap sedia demi mempertahankan kerusi DUN Kerdau ini..
SP percaya kita semua mampu membantu.. InsyaAllah

SALAM 1 MALAYSIA 2011

Salam 1 Malaysia...

Wahhhh lama nya DQ tak ber blog ni... agak kesibukan la kawan...

Di awal Tahun 2011 ni pelbagai peristiwa berlaku, rasanya TAK LEWAT UNTUK UCAP SELAMAT TAHUN BARU 2011...

Semoga segala perancangan kita berjalan lancar..

Bagi diri DQ jugak, harap-harap segalanya berjalan lancar tapi xtahu la jugak dengan tuntutan tugas dan pelbagai jadual ni, hihihi harap-harap yang diplan awal ni dipermudahkan urusan oleh Ilahi

Juga Salam Takziah kepada keluarga blogger Yang Gambi yang telah pergi meninggalkan kita buat selamanya.. Banyak jasa beliau dalam dunia blog dan arwah adalah antara individu yang sentiasa memberi semangat kepada DQ untuk terus menulis... Al-Fatihah...

Juga semoga tahun 2011 memberi rezeki yang melimpah ruah...

Moga ketemu lagi di lain bicara

Salam Kasih dari DQ

Ikhlas Sabar Benar"