Tuesday, June 30, 2009

LAMBAKAN TETAMU TIDAK DIUNDANG

Ramai Warga Asing yang menjadi buruh ladang di Malaysia


Adus pening kepala, rasa macam bukan di Malaysia, tolong.. lemas... Aduhai rakan-rakan semua, di samping kita sibuk menangani isu politik yang semakin rancak dibualkan di akhbar, marilah kita sama-sama berfikir dan mendesak kerajaan agar melakukan sesuatu bagi membendung kemasukan warga asing ke negara kita.

kita faham ada yang memang ditugaskan bekerja di negara ini tapi bagaimana pula kesnya apabila melibatkan pendatang tanpa izin? kalau yang dapat diberkas penguatkuasa, itu merupakan satu kemujuran tapi bagaimana yang tidak dapat diberkas dan hidup bermahajalela di dalam kampung-kampung, taman-taman dan di felda-felda?


Qaseh ingat di satu sudut di celah-celah kesibukan Kota Raya sahaja mereka berkumpul, rupa-rupanya sangkaan ini meleset... Rakyat Indonesia merupakan kelompok warga asing paling ramai menyelinap masuk ke negara ini diikuti warga Nepal.. Dewasa ini dah sampai ke pelusuk kampung, dan dah ramai pun yang berkahwin dengan wanita tempatan.. Qaseh tul-tul rimas dengan situasi begini sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan dalam kehidupan dan merasa seolah-olah tidak selamat ... Pergi lawatan ke sana ada orang Nepal, pergi kampung ini ada orang Bangla.. pergi program Yang Berhormat, Indon yang menyediakan hidangan tengahari... Aduya... Pening-pening.. Cian rakyat Malaysia, lama kelamaan hilang seri keaslian kampung dengan lambakan tetamu yang tidak diundang ini... seolah-olah kita pula yang menumpang di tanah air sendiri..


Wallahuaallam...

HAYATILAH SEMENTARA DIBERI RUANG UNTUK BERNAFAS.....


HAYATI LAH DENGAN PENUH KEINSAFAN DAN KESEDARAN.....


anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi

air mata darah bercampur keringat

bumi dipijak milik orang




nenek moyang kaya raya


tergadai seluruh harta benda


akibat sengketa sesamalah kita


cinta lenyap di arus zaman


indahnya bumi kita ini


warisan berkurun lamanya


hasil mengalir ke tangan yang lain


pribumi merintis sendiri



masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutup lah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang

kini kita cuma tinggal kuasa


yang akan menentukan bangsa


bersatulah hati bersama berbakti


pulih kembali harga diri





kita sudah tiada masa


majulah dengan maha perksa


janganlah terlalai teruskan usaha


Melayukan Gagah di nusantara


Melayukan Gagah di nusantara


Melayukan Gagah di nusantara.....





* dah la sesama Islam antara PAS dan UMNO nak bergaduh, leni kita saling tak sefahaman di dalam UMNO... jadi inilah masa bagi musuh-musuh Islam, musuh UMNO menyerang orang Islam, orang Melayu secara halus....




* kalau kita xmahu anak cucu cicit kita menyalahkan kita kerana tidak berani mempertahankan agama, bangsa dan negara, ayuhlah kita bersatu hati dari sekarang memerangi masalah ini dan menyahkan musuh-mush Islam, musuh-musuh Negara yang keparat lagi berkarat itu....




* kiranya kita tidak berupaya menyerang musuh-musuh secara terang-terangan ayuh kita lancarkan serang Cyber secara besar-besaran kerana manusia yang keparat dan berkarat ini memang akan menyebabkan kudis menjadi bengkak dan mengleuarkan nanah yang busuk!!!!!!!!!
Wallahuaalam...

Friday, June 26, 2009

MANEK URAI MILIK SIAPA?

Antara PAS dan BN masing-masing leni tengah berlumba-lumba untuk memenangi hati rakyat namun Qaseh percaya rakyat dan pengundi Manek Urai terutama yang telah matang berpolitik boleh mengukur sejauh mana kebagusan PAS memerintah..
jangan lah perdagangkan nasib anak cucu demi kepentingan orang lain. Undi lah Barisan Nasional untuk kesejahteraan hidup kita...

Monday, June 22, 2009

SAPER JAGA MEKA NI

Masjid Lama Universiti Al-Azhar, Universiti tersohor yang menghasilkan ramai Ulama dunia


Universiti Oxford yang menjadi perhatian dunia.....

Ramai penuntut Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun tak tahu lar di mana silapnya, sebaik sahaja penuntut-penuntut baru ni sampai di lapangan terbang di luar negara sana, mereka kebanyakannya disambut oleh 'orang sebelah sana' terutama pelajar di Mesir dan Jordan..

Jadi tidak hairanlah apabila mereka susah dan pegawai Kedutaan Malaysia di sana tidak membantu, maka tumpuan mereka terarah kepada deme2 ni.. Perlu diingat Kerajaan membelanjakan berpuluh juta RM wang rakyat untuk membiayai pengajian pelajar2 ini ke luar negara namun setelah menghabiskan pengajian, mereka terarah samada untuk terus tinggal di luar negara atau balik ke Malaysia dan tidak akan menyokong Kerajaan.

Adakah Kerajaan mengkaji kesan yang ditanggung sekarang? Adakah kerajaan menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar luar negara? Adakah kerajaan melalui pegawai yang ditugaskan untuk menjaga pelajar-pelajar ini telah memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar luar negara ini?

Mungkin bilangan pelajar ke luar negara tidaklah seramai yang belajar di dalam negara namun sekiranya dikumpul pelajar2 ini, jumlahnya mungkin boleh menyamai pelajar di Universiti Malaya dan sekiranya kita menghalusi perkara ini sedalam-dalamnya ia turut memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi, politik dan sosial negara...


Qaseh tidak berniat untuk menyalahkan mana-mana pihak namun sekiranya dapat diberi ruang, masih ada kemampuan, eloklah Kerajaan melalui Kementerian Luar Negara memantau perkembangan perkhidmatan pegawai-pegawai kedutaan yang bertugas menjaga anak-anak kdi luar negara. Janganlah mereka memikirkan mereka ini jauh dari kerajaan Malaysia, seolah-olah tiada orang yang mengawasi apa kerja mereka di sana, lalu acuh tak acuh sahaja dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Negara...


Kita pun tak tahu sama ada pegawai yang dilantik ini merupakan kakitangan kerajaan yang menyokong kerajaan atau tidak, jadi enforcement perlu dilakukan bagi membolehkan mereka ini benar-benar menyayangi Agama, Bangsa dan Negara dan seterusnya setia menyokong Kerajaan Barisan Nasional dan bersemangat memikul amanah Negara walaupun berada beratus ribu kilometer dari Malaysia.. atau dalam keadaan yang tertentu seeloknya JPA menghantar kakitangan yang 100% menunjukkan kesetiaan kepada Barisan Nasional agar imej Malaysia tidak tercemar dan pelajar berasa selesa dengan perkhidmatan kakitangan kerajaan di luar negara.... Wallahuaalam

NAK NGOMEL BANYAK NI...

Sejak kecil hingga habis belajar Qaseh memang xpernah ambil pot hal Barisan Nasional waima UMNO.. Yang Qaseh ingat, pernah lar satu ketika dahulu masa tu Qaseh dalam Darjah 4, lalu di hadapan sebuah rumah Wanita UMNO Cawangan, masa tu dengar2 sayup jer golongan ibu berdiri dan sedang menyanyi.. Ruap2nya meka sedang menyanyikan Lagu UMNO dan mungkin ada mesyuarat Wanita Cawangan di situ.. Tapi yang pelik nyer seme berseragam putih merah...
Dah habis belajar, bila makin celik politik baru lar Qaseh sedikit sebanyak berusaha mendalami Kenegeraan Malaysia... dan mungkin tidak keterlaluan Qaseh turut menganalisa prestasi Kerajaan Barisan Nasional ini..
Xtahu lah siapa yang menilai prestasi setiap kementerian sejak dulu, coz baru-baru ni lar KPI diwujudkan... Kenapa rakyat ni dah terlalu banyak persepsi xelok kepada kerajaan? Kalau dibanding antara TV1 dan TV3, for sure ramai viewers memilih TV3, dan ditambah pula pada masa kini ada pula option lain iaitu Astro... Macamana Tv kerajaan nak compete ngan TV swasta ek? Pegi pula kepada servis di hospital kerajaan dan hospital swasta.. kenapa jarang berlaku adauan kecuaian melibatkan hospital swasta berbanding hospital kerajaan?
Kenapa makin ramai memilih untuk menghantar anak-anak ke Sekolah Antarabangsa, Sekolah Jenis Kebangsaan dan tidak Sekolah Kebangsaan? Kenapa lebih ramai memilih untuk menghantar anak-anak ke Tadika swasta berbanding Tadika Kemas.. kenapa zaman dah berubah tetapi kerajaan masih tidak menyamai pihak swasta?
Apakah bajet kerajaan sememangnya tidak mencukupi untuk memberi kepuasan tahap maksimum kepada rakyat Malaysia.. Qaseh nak syorkan kepada Perdana Menteri agar dapat mengeluarkan arahan untuk membekukan pertukaran arahan setiap kali berlaku perubahan Menteri..
Kalau 10 kali Menteri bertukar, maka nya 10 kali lar Akta dipinda? Bila masa Menteri nak wat kerja kalau asyik main tukar akta jer? Kakitangan kerajaan pun makin pening dengan tindakan sesuka hati menteri ni...
Pastu, mohonlah kerajaan mengkaji semula gaji minimun kakitangan awam ni.. Leni, takat RM700-RM800 xcukup... Paling sikit pun RM1,000 patut diberi dengan keadaan ekonomi sekarang.. Gaji untuk kakitangan yang mempunyai ijazah pula haruslah ditawarkan pada tangga yang lebih menarik supaya mereka lebih bersemangat untuk bekerja.. Mungkin tangga gaji yang sesuai antara RM2,000-RM2,5000... Mungkin dengan cara sebegini, imej dan budaya kerja kakitangan kerajaan juga akan berubah.. dan tidaklah ramai penuntut terus memilih untuk bekerja di negara asing setelah menamatkan pengajian di luar negara...
Menteri tahu apa? Yang meka tahu nak kejar KPI tanpa memikirkan apakah rakyat mampu mengejar setiap perubahan yang meka buat? Kenapa berlumba-lumba nak tunjuk kat PM bahawa "Kementerian i dah buat YAB Dato' Seri...." dan kesusahan ditanggung oleh rakyat? Banyak lagi nak sebut tapi takut ramai lak yang berasa hati jadi sambung nanti...
Kalau Kerajaan Barisan nak menang PRU 13, mahu xmahu semua usul dan masalah yang dibangkitkan di dalam semua Mesyuarat, xkira lar mesyuarat UMNO ker MCA ker MIC ker PPP ker USNO ker PKR ker PAS ke harus diambil perhatian.. dan pegawai kerajaan harus cekap dan amanah serta tidak membawa keluar kerahsiaan negara walaupun diri tidak mengundi BN..... Renung2kanlah...
Wallahuallam

Friday, June 19, 2009

TRIMAS MAS, TERIMA KASIH AIR ASIA




Dah sampai hari jumaat pun ni, petang kang sure banyak keta membelah jalanan, banyak tujuan iyer lah esok lusa hujung minggu mungkin masih banyak lagi urusan yang ahrus dibereskan.

Cuti sekolah pun dah berakhir, dua minggu cuti memang ramai anak-anak yang mengambil peluang bercuti membawa keluarga menziarahi ibu ayah di kampung, bagus lar gitu.. xkurang juga yang mengambil kesempatan membawa keluarga melancong ke luar negara.. kebetulan pula dua syarikat penerbangan gergasi negara iaitu MAS dan AIR ASIA membuat tawaran tambang murah, apa lagi ramailah antara kita yang mengambil kesempatan ini.. Kawan Qaseh bagitahu dia menandatangan lebih daripada 400 borang permohonan kakitangan kerajaan yang memohon untuk bercuti ke luar negara..

Terima kasih lah kepada MAS dan AIR ASIA yang memahami keinginan kakitangan yang berpendapatan sederhana ini. Dengan adanya tawaran sebegini, sekurang-kurangnya merasa jugak melancong ke luar negara. Kalau xlepas ke Paris London sekurang-kurangnya dapat menikmati udara di Kota Bandung da Paris pun sudah cukup berbaloi...

Indahnya hidup di Malaysia yang aman damai serta mempunyai tempat percutian yang menarik.. Walalhuaalam

BISIK-BISIK DI HOSPITAL...

Hospital Kuala Lumpur

Ada bisik-bisik sampai ke penghujung telinga Qaseh, ni pasal Hospital... Ada doktor yang mengeluh coz dengar nya Menteri buat statement masa menunggu di kaunter ialah selama 30 minit bagi setiap pesakit namun ada pesakit menunggu hampir 40-60 minit untuk bertemu doktor sehingga menyebabkan doktor yang diamrahi pesakit kerana lama menunggu..

Qaseh dapat tahu kenyataan itu dibuat oleh Menteri sendiri tanpa merujuk kepada Personal Advisory yang telah dilantik dan akibatnya mereka terpaksa menerima rungutan daripada orang ramai... Aduhai YB Dato' Menteri, harapnya di lain masa boleh berbincang dengan pihak Pentadbiran Hospital bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku. Qaseh percaya niat YB Dato' Menteri itu suci dan murni namun di pihak pembangkang akan mengambil kesempatan di atas kesucian murni tindakan kita ini.

Sekiranya di kaunter janji temu mungkin tempoh menunggu 30 minit adalah praktikal tetapi sekiranya di kaunter Klinik Am paling lama ialah 40 minit... Harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengambil tindakan pantas bagi menangani masalah ini.

Wallahualam...


KERAJAAN PERPADUAN vs ANWAR a/l IBRAHIM





Wajah-wajah yang penuh dengan tipu muslihat

Sebut hal Kerajaan Perpaduan, pelbagai reaksi berada di minda pembaca blog nyer, pembaca suratkhabar nyer, penonton televisyen nyer, rata-rata menunggu dengan penuh debaran akan kenyataan perkara ini.. Qaseh percaya yang kuat ngat berdebar tu bukan nyer apa, tapi takut kedudukan masing-masing terancam. Kita ni patutnya redha dengan ketentuan Ilahi dan menerima hakikat bahawa rezeki dan segala perjalanan hidup ini bukan ditentukan oleh PM, TPM, AI, HH, NA mahu pun sesiapa jua sebalikNYA ini kuasa Allah swt.. yang penting kita harus memperlihatkan usaha yang bersungguh-sungguh dan saling berikhlas diri.

Semalam YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku Naib Presiden UMNO bagitahu agar PAS perlu memperlihatkan kesungguhan dan minat yang mendalam dan tidak meletakkan terlalu banyak syarat jika mahu Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Kerajaan BN menerima sebarang cadangan untuk kebaikan rakyat dan akan terus membela rakyat sama ada hasrat Penubuhan Kerajaan Perpaduan menjadi realiti atau menyembah bumi..

Qaseh juga berharap agar pemuafakatan yang akan berlangsung kelak baik dengan Wanita nya, baik dengan MKT nyer, semoga persefahaman yang baik dapat dicapai demi keharmonian serumpun kita 1 Malaysia bersama...

Leni ramai ngat orang jahat nak jatuhkan Malaysia, xsenang hati ngan rakyat Malaysia... xdapat tembusi pasaran Melayu, cuba pikat pasaran Cina, pastu try goda pasaran India lak.. Leni dok intai dan berminat ngan pasaran Etnik Sabah & Sarawak... Mana tidaknya, kecur air liur dah xdapat ditahan melihat tersergam indah Kota Putrajaya, itu yang fikiran pun dah tonggang terbalik, xkira dengan apa cara pun, Malaysia akan dijajahi... Punya lar teruk manusia bernama Anwar Ibrahim ni.... Wallahuaalam

KENANGAN SEZAMAN


Tengahari nanti sepatutnya Qaseh menghadiri Majlis Reunion Sekolah Menengah di Subang Parade malangnya disebabkan tugas, maka janji tinggal janji (kawan-kawan dah xnak berjanji dengan Qaseh).. Memang sedih tidak dapat bersama rakan-rakan namun kepentingan demi Agama Bangsa dan Negara diletakkan di hadapan dalam kita akan berhadapan dengan cabaran PRU 13 nanti. Mungkin pada masa sekarang rakan-rakan masih tidak dapat memahami dan mengerti cabaran kerja Qaseh namun Qaseh berharap agar pengorbanan ini berbaloi pabila BN kekal memerintah kelak...

Selamat Menjamu Selera yer rakan-rakan ku... Wallahuaalam

Tuesday, June 16, 2009

MALANG BUAT PKR



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR minggu lepas setelah tidak dapat menahan rasa hati yang membuak-buak untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa dia kini sudah bergelar orang penting PKR. Piirah dengan keputusan nya itu.




Bagitu malang PKR mempunyai ketua seperti Anwar Ibrahim dan pengikut seperti Zaid Ibrahim. Satu Malaysia sudah mengetahui perihal Anwar, dan sekarang perkara yang sama berulang kepada Zaid Ibrahim. Adakah kerana di dalam UMNO Zaid tidak diberi kerusi empuk Majlis Kerja Tertinggi, maka kerusi yang ditawarkan Anwar iaitu menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu diterimanya? Sungguh sedih dengan parti pembangkang. Rupa-rupanya mengidamkan kemewahan... Iyer lar! mana Anwar tak kecur air liur melihat tersergam indah Putrajaya? Itulah yang diidam-idamkan dari dulu.




Qaseh mengakui 50 tahun pentadbiran negara banyak perubahan yang telah dibuat untuk kesenangan rakyat jelata. Tapi sejak akhir-akhir ini serba tak kena Wakil Rakyat Barisan Nasional, dan Qaseh juga terfikir kadang-kala pembangkang ni, bila meka dah xboleh lawan cara fakta, meka lawan cara teknikal iaitu telah meletakkan orang-orang nya di dalam jabatan-jabatan tertentu agar banyak urusan kerajaan akan menjadi lambat dan yang nampak lemah ialah Kerajaan.




Nak kata salah ibu mengandung, Anwar dah pun lahir, dah tua pun... tapi akal yang sangat licik tetap berjalan memikirkan perancangan menghancurkan tanahair sendiri walaupun dalam keadaan beliau tidur.. Hingga ke tahap itu AI berfikir....




Memang nama nya pun pembangkang, jadi kerja nya xdapat lari dari asyik membangkang. Jangan risau, selagi hayat dikandung badan keluarga UMNO dengan dibantu keluarga MCA, MIC, PPP dan rakan2 di Sabah dan Sarawak akan berusaha menjaga Perusahaan Barisan Nasional agar sentiasa relevan dan disanjung rakyat sepanjang masa...




Wallahuaalam...


Monday, June 15, 2009

easy comes easy goes: Who is the fairest among them all??? Sabah’s Miss Kaamatan, Unduk Ngadau

easy comes easy goes: Who is the fairest among them all??? Sabah’s Miss Kaamatan, Unduk Ngadau

NIZAR OH NIZAR


Apa nak jadi ngan Nizar ni? Nak kata xpandai, sekolah tinggi, nak kata xberakal, pernah jadi Menteri Besar, nak kata xbermoral, isterinyer bertudung litup, lantas apa kah perkataan yang paling tepat boleh digambarkan dengan perbuatan di dalam Dewan Parlimen tadi?


Itu yang berlaku apabila tidak dapat terima kenyataan bila dah tak jadi Menteri Besar, kemudian hari bila dah tak jadi Ahli Parlimen macamana pulak ek diri nya? Mungkin langsung dah xboleh menguasai peribadi, terus menangisi diri. Udah-udahlah pembangkang buat perkara xsenonoh di dalam dewan.


Awak bukan orang xberilmu, sekurang-kurangnya kawallah emosi. Apa guna sembahyang tonggang tonggek 5 waktu sehari semalam kalau tidak dapat menerima Qada' dan Qadar Ilahi ini. Allah swt memang suruh kita berusaha tetapi cara begini bukan usaha namanya, tapi menjahanamkan bangsa.


Qaseh memang makin xfaham dengan pembangkang ni, apa lagi yang meka nak kerajaan buat, serba serbi xkena. Xkan soal pemerintahan negara meka nak kuasai? Kerajaan Barisan Nasional bukan xmahu bagi mereka memerintah tetapi alangkan 100 hari memerintah pun dah huru hara inikan nak mengekalkan kerajaan sehingga 50 tahun? Silap2 haribulan meka jual negara ini kepada bukanMelayu? Ish ish Nauzubillah... Kalau xnak sayangi diri kita, sekurang2nya sayangi lah anak cucu kita...


Parlimen bukan pasar, nak buat kecoh dan tunjuk kehebatan sebaliknya Parlimen adalah tempat untuk wakil rakyat membincangkan permasalahan rakyat secara serius dan efisyen. Semakin lama, semakin mengganas geng pembangkang ni, nak tunjuk kepada dunia luar bahawa orang Malaysia juga mampu bertindak membangkang kerajaan sebagaimana pengganas di luar negara lakukan? Bagi mereka inilah pencapaian terbaik pembangkang di Malaysia dan boleh dianggap setaraf dengan pengganas luar negara...


Rakyat harus sedar bahawa seseorang wakil rakyat yang dipilih bukan sahaja menjalankan tugas dengan penuh berhemah namun mereka juga mesti menjaga perilaku tidak kira di mana sahaja berada dan mampu menjaga kesabaran walau sebarang pergolakan berlaku. Ini wakil rakyat pembangkang langsung tidak begitu, apabila berlaku ketidakpuasan hati, langsung menterjemahkan dengan perlakuan. Bagaimana yer wakil rakyat sebegini menjadi idola rakyat jelata lebih2 lagi di kalangan cerdik pandai?


Wallahuaalam.

Wednesday, June 10, 2009

EH APA KENA DIA NI EK?

Masih membara, Nik Aziz dan Husam Musa yang dilihat bergabung menentang kumpulan Kerajaan Perpaduan dikatakan telah mengadakan pertemuan sulit di Kuala Lumpur bagi memikirkan strategi untuk menggagalkan idea Haji Hadi itu..

Inilah tabiat orang kalah, orang PAS lak tu.. Dah kalah, buat la cara kalah, jangan nak sabotaj sana sini.. Tak terpikir ker dek awak tu, yang awak nak sabotaj tu Presiden awak sendiri, kawan seagama awak sendiri? Langsung tidak bersyukur diberi peluang untuk berada di tahap kedudukan sekarang.

Itu, tak lain dan tak bukan mesti ada Tok Guru yang mengajarnya, kalau tidak xkanlah si Husam ni sejak akhir-akhir ini asyik menyalak jer...

Benci kepada keangkuhan....

Wallahuallam

WAJIB KAN B.I, WAJIB KAN JUGA PENDIDIKAN ISLAM

Satu cadangan yang cukup bernas bersesuaian dengan hasrat negara untuk melahirkan cendiakawan ulung melalui penguasaan bahasa, dan adalah lebih molek lagi sekiranya seseorang individu itu cemerlang, cemerlang dalam dan luaran. Ini membawa makna pelajar ini menguasai Ilmu dunia dan turut memiliki Ilmu akhirat.
Serasa Qaseh, sekiranya diberi pilihan orang-orang kampung akan bersetuju sekiranya Mata Pelajaran Pendidikan Isalm yang WAJIB Lulus untuk memiliki sekeping Sijil ini. Tetapi janganlah menolak terus Bahasa Inggeris, perlulah meneliti kepentingan kita menguasai. Kita tidak boleh meniru Jepun yang amat tidak bertolak ansur dari segi bahasa perantara mereka. Mereka tidak berasa malu sekiranya tidak pandai berbahasa Inggeris walaupun mempunyai perniagaan yang membuat pelaburan berjuta ringgit di luar negara. Kita harus membuang tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan langkah kerajaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains adalah satu kesilapan dan seterusnya menggadaikan Bahasa Kebangsaan.
Kalau ada pilihan dan cadangan lain, Qaseh berpendapat Kementerian Pelajaran patut menimbangkan mewajibkan pelajar lulus Pendidikan Agama dan Bahasa Inggeris untuk memperolehi Sijil Pelajaran Tinggi ini.
Wallahuallam..

TIGA PERKARA MUSNAHKAN MANUSIA


Setiap orang tanpa mengira sama ada pemimpin, ulama, orang biasa akan berdepan dengan tiga perkara yang boleh memusnahkan manusia. Tiga perkara tersebut adalah kikir, hawa nafsu dan bangga diri
KIKIR


Allah swt menyifatkan mereka yang kikir itu sukar memperolehi kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Perkara ini dinyatakan dalam surah Al-Hasyr dan kita harus mengambil ikhtibar iaitu ayat 9, Allah swt berfirman yang bermaksud "Barangsiapa yang terpelihara daripada kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang berbahagia."

Ini jelas menunjukkan bahawa Allah swt melarang sifat kikir (kedekut) yang subur dalam diri seseorang itu lebih-lebih lagi mereka yang dikurniakan harta yang bertimbun tetapi tidak menggunakan hartanya ke jalan memakmurkan ibadah sebaliknya dibelanjakan untuk tujuan maksiat, membazir, dan dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk bermegah-megah antara satu sama lain


HAWA NAFSU


Mengawal hawa nafsu adalah penting dalam kehidupan seharian. Setiap dari kita dikurniakan Allah swt nafsu iaitu nafsu jahat dan baik. Nafsu jahat sentiasa memandu kita ke arah kejahatan dan keadaan sebaliknya dengan nafsu baik.

Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran, ayat 14 boleh dijadikan panduan hidup kita " telah dihiaskan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah dari emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang"


BANGGA DIRI
Kita hendaklah faham ujub itu boleh menimbulkan pelbagai bencana antaranya boleh menimbulkan sifat takbur yang merupakan salah satu sifat yang boleh mencetuskan perasaan bangga diri dan takbur.


Sifat takbur itu sendiri jelas boleh menimbulkan pelbagai bencana yang lain termasuklah hal-hal yang ada kaitan dengan manusia.
Wallahuaalam...


(dipetik dari Warta Perdana ~ 20 Julai 2008)

Tuesday, June 9, 2009

SPM : LULUS BAHASA INGGERIS WAJIB?

HOW TO BE GOOD IN ENGLISH?

Awal tahun ini kita kecoh dengan isu PPSMI, dan pada hari semalam rakyat Malaysia terutama para ibu bapa, guru-guru, pelajar dan murid-murid seakan tersentak mendengar satu lagi cadangan daripada Menteri Pelajaran iaitu ' SPM : Lulus Bahasa Inggeris WAJIB?
Bagi Qaseh, Qaseh amat-amat bersetuju dengan cadangan yang telah dilontarkan itu dan menyifatkan ianya tidak langsung akan mengorbankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan...
Sebagai murid yang melalui zaman belajar di mana Kerajaan langsung tidak menitikberatkan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris, maka Qaseh amat menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan ini. Qaseh tidak faham kenapa orang PAS terlalu taksub dengan kuasa membangkang, padahal anak-anak mereka bersepah-sepah yang tidak pandai berbahasa Inggeris ini.. Kalau mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi fasih berbahasa Arab, Perancis, Mandarin ker boleh lar diterima pakai, tapi bahasa-bahasa ini pun langsung tidak dikuasai..
Apa salahnya kita berkemahiran berbtutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.. Biarlah orang lain marah, tetapi Qaseh amat bangga dapat berbahasa Inggeris. Kadang kala di dalam situasi tertentu kita harus menggunakan Bahasa ini...
Dulu, keputusan B.I Qaseh di dalam Peperiksaan Sijil Malaysia cukup sekadar C6... Zaman itu kerajaan masih tidak menitikberatkan pembelajaran B.I di sekolah.. Qaseh percaya sekiranya matapelajaran ini diajdikan matapelajarn WAJIB lulus, sekurang-kurangnya A1 di dalam tangan...
Bak kata mak Qaseh, belajar, mana ada yang senang.. "kalau semua nak senang, berhenti sekolah, terus nikah"... Itu ayat mak Qaseh kalau Qaseh mengadu kesusahan belajar di sekolah... Sejak dari hari itu, Qaseh xpernah merungut hinggalah melanjutkan pengajian ke menara gading.. Yang mak tahu hadir ke Hari Konvokesyen Qaseh sahaja...
Di Universiti, ingatkan boleh lari dari B.I, tuptup dapat Universiti yang buku rujukannya semua berbahasa Inggeris kecuali matapelajaran Agama... Mungkin kuat rasa ingin berjaya, belajar juga, xpandai! salah grammar salah pronunciation xkira cakap gak B.I ngan lecturer... itu sikap mahasiswa di universiti kami... Hingga lah sekarang, Kamus Dwibahasa Oxford Fajar masih setia menemani Qaseh di atas meja kerja...
Kita xkaya tapi jangan kita jadikan kesusahan itu sebagai penyebab anak cucu kita tidak boleh berjaya....
Walluallam...

KEMENANGAN NASARUDIN MEMANG DIJANGKA






Kemenangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatan dengan mengetepikan dua pencabarnya pada Muktamar Tahunan parti, Jumaat lalu memang dijangka. Ahli Parlimen Bachok itu mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang mewakili kelompok ulama, manakala undi golongan profesional telah berpecah kepada dua pencabarnya yang juga Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Kemenangan ini sekaligus meranapkan harapan Husam untuk terus mendaki puncak menguasai Istana PAS ini kelak.

Jika disoroti dari awal, ternyata Husam begitu bangga dengan pendiriannya supaya ulama berubah dan bertolak ansur dengan ideologi erdogan. Malah Husam dan penyokongnya bangga dengan gelaran erdogan apabila Tuan Guru Nik Aziz turut menyokong penglibatan kumpulan endorgan ini dalam kelompok PAS. Dalam situasi lain, beliau dikatakan terlalu bangga apabila disebut-sebut sebagai “orang kepercayaan Anwar” dalam PAS. Baginya kata-kata ini sentiasa tersemat di dalam hati dan beliau percaya ianya pasti...“Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam ni nak kata berlagak kang, marah pulak dek pengikut dia, tapi itu lah sebenarnya diri dia... Bangga ngat ngan kebolehan diri dan berasa dia tu tul-tul anak buah kesayanagn DSAI... Payah gak ek kalau dah terlebih konfiden... bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS.

Sebelum Muktamar beliau begitu gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Ada ker tak sedar diri nak halau Najib dari Putrajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, Tuan Guru Hadi Awang. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik.

Namun setelah kalah dalam pemilihan itu lain pula ceritanya... tapi bagi orang politik, kenyataan sebegini sudah menjadi klise.... "saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka"..... Xcakap macam ni nak cakap macamana lagi kan? Husam turut menyatakan antara faktor kekalahannya adalah disebabkan beliau tidak melaksanakan kempen yang agresif sepanjang tempoh berkempen... Dah lar menyalahkan media, Husam turut membabitkan Partinya sendiri yang menjadi penyebab kepada kekalahannya... kenapa pulak PAS dikatakan berat sebelah dan tidak adil kenapa dirinya? Kenapa selepas kalah menuding jari keapda orang lain? Kenapa tidak disalahkan kepada DSAI yang tidak membantu beliau kempen secara lebih agresif? Jikalau beliau dilabel sebagai agen tunggal DSAI, sudah tentu peluang untuk meraih kemenangan begitu mudah, namun sebaliknya yang berlaku... ke mana perginya DSAI?

Dah kalah, memang lar kena terima dengan hati yang terbuka, tapi sebelum menang tu jangan lar cakap besar, omong kosong terlebih-lebih.... Kita ni dah menang baru lar boleh cakap besar itu pun masih berpada-pada.. Le ni awak dah kalah, cakap-cakap awak dan ideologi awak selama ini ditolak oleh perwakilan... Jadi, lebih baiklah lebihkan bermuhasabah diri wahai Dato' Husam...

Janganlah terus mengkucar kacirkan perpaduan sesama umat Islam, mengikut semua telunjuk DSAI...

Wallhuaalam...

Friday, June 5, 2009

KES TUNTUTAN RM63 JUTA TERHADAP PAHANG


Pihak PAS Pahang terutama PYH Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man diminta agar tidak melulu dalam menuduh Menteri Besar Pahang melibatkan Kes Saman RM63juta.


Mahkamah pada 4 Jun telah membenarkan Penggantungan Perintah Mandamus terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan ekoran itu PAS harus lebih teliti dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia


Adnan berjaya tangguh Perintah Mandamus
04/06/2009 5:15pm


KUANTAN 4 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan perintah supaya beliau melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang).


Keputusan itu dibuat Hakim Datuk V.T Singham selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kes permohonan menangguhkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Abd. Halim Aman pada 20 April lalu.


Di bawah perintah mandamus itu, Adnan perlu melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh 14 hari yang sepatutnya berakhir 4 Mei lalu.


Hakim Singham dalam penghakimannya membenarkan permohonan penangguhan itu sehingga rayuan Menteri Besar terhadap perintah mandamus yang diputuskan Hakim Abdul Halim didengar di Mahkamah Rayuan. - Utusan


* Biarlah pihak mahkamah yang menentukan dan janganlah pula PAS mengambil kesempatan menghasut rakyat di atas kes ini.. Kita sememangnya tahu, kerja orang PAs ini memang suka menghasut orang, maklum mereka ini terdiri daripada orang yang kecewa.. Kata golongan Ulama, xkan lar golongan ulama kerja nya menghasut orang??? Pikir la sendiri...


* Tiada pemimpin yang ingin rakyat nya dibebani dengan masalah kewangan dan Qaseh percaya pimpinan UMNO dan BN melakukan yang terbaik untuk rakyatnya..


Wallahuallam..

MUKTAMAR PAS KE 55 - RAKUS NYA MEREKA....


Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut bahawa UMNO dan BN mencemburui kerjasama erat Pakatan Rakyat dan menuduh parti itu melakukan tindakan tanpa susila iaitu merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di Negeri Perak Darul Ridzuan.


Selain itu, beliau turut menyatakan UMNO dan BN telah mengenepikan suara dan semangat Perlembagaan sehingga menyebabkan tiada pemisah kuasa dalam Badan Kehakiman dan yang lebih buruk kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa.. Itu menurut kata beliau larrrr.......


Hairankan, Apa yang UMNO dan BN hendak cemburukan dengan PAS? Tiada langsung faedah untuk mencemburui mereka itu... Sebaliknya mereka itu yang mencemburui dan sangat-sangat kurang senang dengan kejayaan UMNO dan BN memerintah negara ini sehingga diiktiraf seantero dunia.. Hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang tidak mahu mengakui perkara ini.. Kita buatlah sebaik mana pun, mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa mereka juga yang bagus...


Apa guna mereka berkampung di surau, masjid, menjadi AJK Masjid hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat, orang UMNO dan BN bahawa orang PAS bagus, orang PAS taat kepada agama dan orang PAS baik-baik belaka? Hahaha mahu tergelak, muak, mual Qaseh dengan pengakuan Presiden PAS ini... Tidak perlu mengambil contoh jauh, cukup di kampung Qaseh sahaja... Kalau tidak kerana muafakatnya UMNO dan BN di tempat kami, amat mustahil akan wujud pelbagai insfrastruktur dan kemajuan di kampung kami.. Nak harapkan ahli PAS? Kim salam banyak-banyak.. Apa yang mereka tahu, duk di kedai kopi, bergosip ngutuk kerajaan.. Kalau ada kenduri kendara ker, program kemasyarakatan ker bukan nya nak join.. Asyik nak buruk kan orang sahaja.. Qaseh pun heran, dari Qaseh kecil hingga lah dewasa ini, masih begitu, xberubah.. Tapi bila dengar bantuan kerajaan, dari segala sudut akan dikejar....Sian kan orang PAS ni.......


Xdapat Qaseh bayangkan bagaimana rakusnya PAS ni sekiranya memerintah di Pahang ni...... paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.... Dijauhkan Ya Allah segala perkara buruk ini..


Wallahuallam...