Thursday, April 30, 2009

PEMIMPIN OH PEMIMPIN


YAB Dato' Seri Najib melawat kawasan-kawasan yang kritikal di dalam Kuala Lumpur dan merasai sendiri pengalaman rakyat... Dato' Seri berada di situ xsampai pun 1 hari tapi dah mengeluh dengan keadaan yang sangat kritikal, dengan projek Plaza Rakyat yang masih tertangguh dan macam-macam lagi masalah lain.. Kalau PM pun yang xsampai sehari pun boleh mengeluh bagaimana rakyat yang saban hari terpaksa melalui kehidupan ini tanpa ada sebarang pilihan. Belum ditambah dengan keadaan di Kotaraya yang dilambak dengan ribuan 'pelancong asing' yang Qaseh kira akan berjaya menakhluki kawasan itu sebagai kawasan mereka sekiranya kerajaan memandang sepi permasalahan yang sedang berlaku..


Qaseh sempat mengucapkan tahniah kepada antara Barisan Kabinet yang dipilih bersama saf PM, ada yang membalas dan antara yang membalas itu ada yang berbunyi "menteri itu jawatan je... kerja mesti dibuat, itu yang penting & utama"... Qaseh puji lah pemimpin yang sebegini.. Kalau 20 tahun lalu semua Wakil Rakyat mempunyai pemikiran sebegini tentu kita tidak akan melalui hari-hari yang sesukar sekarang.. Nah sekarang, anak2 hingusan yang 20 tahun melihat, merasai, melalui arus pembangunan telah pun dewasa dan kuasa mengundi turut berada di tangan mereka, lalu salah siapa kah kira mereka tidak dapat mengikut rentak tari kerajaan yang sedia ada???


Qaseh percaya rakyat tidak benci kan UMNO, rakyat tidak tolak kerajaan Barisan Nasional tetapi rakyat tolak pemimpin yang cakap tidak serupa bikin.. Qaseh tidak mahu PAS atau PKR yang memerintah kerana Qaseh merasakan BN+UMNO lah satu2nya Parti Kerajaan yang dapat membangunkan rakyat, yang dapat menjaga rakyat, yang dapat menyatupadukan rakyat, yang dapat memberi keselesaaan kepada rakyat... Jika Parti keramat kita UMNO yang dapat memenuhi semuanya ini, sebolehnya kita yang berada di dalamnya haruslah jangan memikirkan kepentingan peribadi...


Jenguklah rakyat di bawah, tanpa rakyat sungguh tiada berfungsi sesebuah kerajaan...

Monday, April 20, 2009

SERBA TAK KENA




Salam, hampir seminggu Qaseh tidak bersama teman2, bukan tidak teringat tapi terlalu sibuk dengan urusan di luar kawasan... lama meninggalkan alam maya ni macam kririkan yang diterima.. terima kasih atas kritikan.. Bukan bermaksud nak puji diri atau Barisan Nasional tapi mari kita kaji sedalam-dalamnya... UMNO lah yang ditubuhkan untuk membela nasib orang melayu, tetapi lama kelamaan apabila terlalu ramai sangat orang melayu yang kecewa maka wujud lah pelbagai parti politik lain...


Sekarang ini adalah masa untuk kita Umat Islam bersatu, mempertahankan kerajaan yang sedia ada supaya kita tidak dipersalahkan oleh anak cucu kita sekiranya kita gagal mempertahankan negara dari dijajah...


Dato' Seri Najib dah pun dilantik sebagai Perdana Menteri ke6, dah pun disambut dalam suasana yang penuh hening dan terharu di Kuantan dan Pekan.. Saya kira bukan sahaja orang BNyang turun menyambut anak Pahang ini tapi seluruh masyarakat bersama-sama PM pada hari itu dan mengenepikan seketika fahaman politik pada masa itu.. Sepanjang jalan dari Kuantan ke Pekan saya sempat melihat kain sepanduk dari parti pembangkang yang turut mengucapkan tahniah kepada Dato Seri Najib... Bagus begitu!!!Saya kira Kerajaan Negeri Pahang bukan mahu membodek dan Dato Seri Najib bukan mahu bermegah dengan perlantikan ini dengan menghimpunkan lebih 40 ribu rakyat di Kuantan dan lebih 10 ribu menunggu kepulangan Dato Seri di Pekan, tetapi memberi peluang dan ruang kepada rakyat untuk mendekati pemimpin No. 1 Malaysia ini...


Terlalu banyak kritikan untuk Barisan Nasional pada masa ini, dan saya kira dalam keadaan sekarang segala tindak tanduk pemimpin BN semua nya salah dan tidak kena di mata pembangkang hingga memaksa mereka mempengaruhi rakyat dengan pelbagai helah.. Memang benar lah kata orang2 tua, hendak menyatakan kebenaran memang sukar berbanding untuk menyebarkan fitnah yang pasti akan dipercayai oleh ramai orang..


Thursday, April 9, 2009

KABINET BARU, WAWASAN BARU

Salam, sah Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan barisan Kabinet baru nya pada petang ini setelah ura-ura kononnya semalam PM akan mengumumkan tidak menjadi kenyataan...
Sudah tentu menteri-menteri kabinet yang sedia ada berdebar-debar menanti pengumuman itu, dilantik kah aku??? Dengarnya semua menteri yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini akan dilantik dan yang mana tewas akan digugurkan?
Apa yang pasti rakyat amat berharap pengumuman semua Barisan Kabinet ini nanti akan mencerminkan Gagasan Najib yang digariskan PM sendiri.. Rakyat tentu tertunggu2 Barisan Kabinet baru ini.. Jangan lah terlepas pandang kepada menteri yang bagus walaupun telah tewas dalam pemilihan baru-baru ini...
Tahniah kepada mereka yang bakal menduduki kerusi menteri kabinet ini dan laksanakan lah tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih gigih.. Jika dulu Tunku Abdul Rahman berusaha gigih untuk mendapatkan kemerdekaan negara, pada kali ini, Barisan Kabinet Baru haruslah beribu ribu kali lagi gigih untuk memenangi hati rakyat, mengembalikan keyakinan rakyat kepada Barisan Nasional, memberi keselesaan kepada rakyat dan yang paling penting jangan bertelagah demi memastikan MISI merampas kembali negari yang jatuh ke tangan pembangkang akan terlaksana...
Itulah sepatutnya wawasan mereka ini.. Wallahuaallam

Wednesday, April 8, 2009

SEPERTI SEDIAKALA......

Keputusan Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Bukit Segantang, Bukit Selambau dan Batang Ai telah pun diketahui... Sebagaimana pemimpin negara menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka, jentera Barisan Nasional juga turut begitu...
Marilah kita mengambil ikhtibar dan bermuhasabah diri dengan sepenuh hati agar memberi kita semangat untuk terus mempertahankan kerajaan yang sedia ada.. Rakyat bukan menolak Barisan Nasional sepenuhnya tetapi adatlah apabila sudah terlalu lama memerintah mesti ada pasang surut nya.. Kalau kita tidak menerima dugaan seperti ini, kita tentu tidak mengetahui kelemahan Kerajaan Barisan Nasional ini... Sekiranya kita menerima dan memperbaiki dengan cepat, InsyaAllah segalanya akan kembali seperti sediakala, cuma waktunya sahaja...
Sekarang adalah waktu untuk semua jentera Barisan Nasional 'turun padang', jaga kawasan, jaga kebajikan dan jangan terlalu mementingkan keperluan peribadi. Sebenarnya bak kata pengundi di salah sebuah tempat di DUN Trong, bukan pembangunan yang gah diimpikan tapi cukup untuk menerima kemudahan elektrik seperti sebelum ini... Nah, lihat lah selama 50 tahun kita memerintah bagaimana kita terlepas pandang perkara yang kecil hingga memudaratkan Kerajaan Barisan Nasional keseluruhannya?
Saya kira baik Ketua Kampung, Pengerusi JKKR, Pengerusi KRT yang dilantik haruslah memainkan peranan yang proaktif bagi memastikan penduduk di kawasan masing-masing mengecapi pembangunan yang disediakan oleh kerajaan ini. Janganlah ketua kawasan ini hanya pandai menjadi kaki ampu, mengiringi YB melawat kawasan, sekiranya YB tiada dia pun tiada masa mengambil tahu hal kemajuan kawasan.....
Kita mahu negara kita kembali aman dengan mendapat majoriti Parlimen yang lebih banyak dan kalau boleh pembangkang pun payah masuk parlimen.. Kita harus faham sebaik mana pun kita menyediakan prasarana, tapi bila nama 'pembangkang' jiwa membangkang tetap ada dan akan dan akan terus membangkang hingga hujung nyawa mereka... Jadi yang harus kita buat ialah menyediakan keselesaan keapda rakyat dan saya percaya sekiranya rakyat selesa dengan kerajaan Barisan Nasional dan walaupun pembangkang terus 'menyerang' kita, namun pada masa itu rakyat sudah tidak akan memperdulikan serangan mereka, kerana rakyat telah selesa dan tetap setia bersama Barisan....
Bila agaknya seperti sediakala? Wallhuaallam

Tuesday, April 7, 2009

PERIHAL PEMBANGKANG 2

Salam...
Macam-macam cerita sekembali dari Bukit Gantang ni.. Sungguh bersemangat rakan2 jentera Barisan berjuang sama hebat dengan rombongan Pok Nik hendak memenangkan Nizar.... Saya berada di sebuah rumah penyokong Bn dan kebetulan pemuda2 PAS sedang mengedarkan risalah.. kami menyambut salam mereka dan dengan senyum yang ikhlas kami menerima risalah yang mereka edarkan..
Sehari sebelum, sekumpulan penyokong BN mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, dan sampai ke rumah penyokong PAS, langsung penyokong Pas ini tidak membuka pintu lantas menyukarkan hasarat kami untuk mengedarkan risalah...
kenapa yerk, kalau rumah BN hendak nya diagihkan risalah mereka, tapi bila kita ingin menziarahi mereka, terus tutup pintu rumah.. kalau boleh kawasan rumah tu nak ditutup pagar yang tinggi supaya langsung tetamu xboleh nampak pun mereka...
agaknya orang-orang apPAS ni terlalu taksub kot??
Saya memang orang UMNO, tapi terus terang saya nak bagitahu mak ayah saya xpernah mendapat apa2 kontrak daripada kerajaan, rumah saya pun kecil jer di ceruk pedalaman di satu kawasan popular di Pahang.. tapi selama saya membesar, kalau xdapat bantuan xde lah pulak nyer keluarga saya nak melompat parti???? dan hingga lah saya habis belajar, bertugas pun dalam kawasan sendiri, yang betul tetap betul, tapi yang mana salah saya tetap kata salah.. tapi orang PAS ni kalau nak berkata memang ikut sedap dia jer, dan tidak mahu mengakui kesilapan sendiri... Marilah kita fikir sendiri, selama mana pun kita orang Melayu ni nak berkelahi, nak caci mencaci sesama sendiri???? For me, i dont have much more time to talk bad thing about other people especially orang PAS, xder pekdoh nyer... banyak lagi ekrja lain weh!!!!!!!!!!
Cuba kita bayangkan, kalau orang PAS dapat memerintah, agak2nya mcmana dorang ni buat ker rakyat Malaysia? entah2 lagi teruk kan!!!!!

Friday, April 3, 2009

PERIHAL PEMBANGKANG

Tinggal 4 hari bagi pengundi kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk menentukan pemimpin pilihan mereka..
Namun Qaseh amat berharap agar pemimpin menajdi lebih matang dan mengambil iktibar di atas segala yang berlaku sepanjang setahun berada di dalam pemerintahan pembangkang.. Kalau nak kata kerajaan Barisan Nasional xjaga rakyat maka xder la pembangunan selama ni dan Qaseh tengok ramai anak-anak pembangkang yang masuk Universiti kerajaan? Kalau kerajaan BN nak tapis, dah lama anak-anak pembangkang xsekolah..
Tapi adatlah bila dah besar ni, mula lah besar kepala.. apa yang dibuat oleh pihak BN salah jer.. xtahu lah apa yang betul.. Semalam keluar pulak cerita Anwar Ibrahim hantar surat kepada DYMM Yang Dipertuan Agong suh tangguh angkat Sumpah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6? Apa lah nak jadi ni Anwar? xHabis2 nak menghentam kepimpinan negara. Rimas den!!!!

Thursday, April 2, 2009

JANJI PAKLAH & IKRAR DS NAJIB


Hari ni, menurut agenda Daily Pak Lah ngadap DYMM Yang Dipertua Agong untuk limpah perkenan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan menamakan DS Najib sebagai Perdana Menteri yang baru..

Pelbagai perasaan dalam hati saya sekarang ni, terharu, sedih, gembira.. Bak kata DS Najib, nak lepaskan jawatan Ketau UMNO Cawangan mahu pun Ketua UMNO Bahagian pun susah ini kan pula untuk melepaskan ajwatan nombor 1negara.... namun PakLah dengan rela hati mengenepikan semua kepentingan diri dan meletakkan kekukuhan kerajaan dan parti sebagai agenda utama dalam dirinya..

Begitu lah yang sepatutnya ada dalam diri orang Islam, kalau berjanji jangan mungkir.. Dan harapan semua rakyat Malaysia agar dengan pemerintahan Perdana Menteri yang baru ini, kekuatan Barisan Nasional dapat dikembalikan dan berjanji lah DS Najib agar dapat menawan kembali negeri-negeri yang telah ditawan ke tangan pembangkang dalam PRU 12 tahun lalu...

Wednesday, April 1, 2009

Terkenang Semasa Dulu


Salam, kengkawan ku, u all ada facebook tak? Saya baru jer join facebook, alamak!!!! Ramainyer kengkawan zaman belajar dulu yang join facebook. Kira saya jer yang agak ketinggalan, nak buat mcmana kan, kita ni buzy ,kerja pun xmenentu nak ngadap komputer.. Bila tengok gambar lama yang facebook dorang tu, terkenang la saat manis suka duka 'campus life'...


Masa jadi siswi baru, lagi lah ingat nyer, tapi nasib baik senior xragging kami, kalau tidak huhuhuhu balik kampung la jawab nyer, ngadu ngan mak... Tapi satu yang bagus campus life ni, semangat setiakawan cukup kuat, sampai le ni kami masih lagi contact each others dan bersembang perihal pelbagai perkara.. Seronok bila dengar kengkawan yang dah mencapai kejayaan membanggakan.. Ada sorang kawan saya tu dah menjelajah ke 20 negara di dunia tu.. Bulan februari lepas jer baru balik dari London, katanya London tu dah macam kampung keduanya? Saya ni pun memang berhajat jugak nak gi London tapi entah bila lah boleh kesampaian...


Masa tahun pertama dulu, tertunggu jugak macamana pengalaman berpuasa di tempat orang. Maklum lah selama ni kalau berpuasa di kampung halaman sendiri, time ni kena berdikari berbuka bersama kawan2 jer.. Memang la diakui makanan xla sesedap masakan mak di kampung tapi dek cekal nak menimba ilmu tahan jugak rasa hati yang lara... masuk tahun kedua, kita dah jadi sikit senior, hehehe... Dah tahu selok belok perjalanan 'campus life' ni... Ada masa tak bangun pun bersahur, ada masa kengkawan dah siap tapau bekalan kat luar untuk juadah berbuka dan ada masa terus berbuka di luar... Masuk final year, lagi lah kami bertambah besar kepala.. aku 'senior' kan.. Hihihi, tapi walau pun kami senior kami xpernah ragging junior-junior ni...


Saya teringat kat sorang kawan dari negeri Terengganu, kalau time lunch di kolej jer, dia tahu nak buat kami berselera makan nasi.. Dia akan bawa budu dan lada bagi menambahkan selera kengkawan.. Masa tu bertambah lah kami ni makan nasi... Fuuuihhh itu memang xboleh lawan, lebih-lebih lagi time tengah bulan, kocek nipis, nak tunggu duit biasiswa lambat lagi, so budu lah penambat selera.. Ada masa tu makan pagi, makan tengahari, makan malam semuanya bertemankan budu!!!!


Kalau kita duduk kat hostel ker kolej ker, xboleh lari daripada kejadian histeria kan!!! Saya juga mengalami perkara ni, tapi bukan saya la, ada junior yang terkena.. Alamak, dahsyat jugak ek kena rasuk ni.. Kes nyer malam tu we all buat persembahan, dan junior saya ni wat tarian Ulik Mayang, apa lagi habis jer tarian tu, betul-betul Ulik Mayang tu datang!!!!! Ada satu lagi pengalaman diserang orang minyak.. Aduhai, semasa kejadian ni melanda, kolej saya tidak terkecuali... Sampai dua, tiga pagi lah kami berjaga dengan surah Yassin... Pagi-pagi esok bila bangun nampak cap jari hitam, mula lah menggigil.. akhir nya pihak pengurusan kolej suruh kami balik umah untuk menenangkan keadaan....


Tapi tu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjaya.. Alhamdulillah, berkat penat lelah, merasa lah saya naik pentas amik skrol, bukan sekali tapi dua kali, hihihi rezeki.. Jadi orang berguna kepada agama bangsa dan negara.. Teringat masa mula-mula nak datang daftar ke universiti ni.. Tiba sekerat jalan, bas yang saya dan ayah naiki rosak, kena tunggu berjam-jam untuk menyambung perjalanan... Tapi ayah saya cekal nak hantar saya gi belajar, hingga saya mencapai cita-cita saya...


Alhamdulillah, sekarang tiba masa saya untuk balas jasa ibu bapa dan terutama nya kerajaan Barisan Nasional yang beri saya subsidi belajar dari kecil hingga dewasa.. Seboleh mungkin saya akan membantu rakyat yang susah, menolong anak-anak yang memerlukan biaya untuk bersekolah... Ayah saya ada berkata baru-baru ini, "kesenangan yang kami sekeluarga kecapi ini adalah kerana sikap sabar ayah dan ibu saya menghadapi segala cabaran untuk membesarkan anak-anaknya dan sudah tiba masanya dengan kesenangan yang saya miliki ini untuk membalas budi dengan membantu mereka yang memerlukan..."


InsyaAllah