Monday, August 10, 2009

PR YANG MEROYAN KAN KUASA

PR kata Kerajaan sombong xmahu terima pandangan PR untuk tangani wabak H1N1. Kelmarin Naib Presiden PAS Pusat, Salahudin Ayub mencadangkan agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Khas Memantau penularan wabak H1N1 yang kini menjadi ancaman serius di negara kita. Selain itu kata beliau, PR turut menggesa Majlis Tindakan Keselamatan Negara untuk mengatasi masalah ini selain tindakan pencegahan.



Bagi DQ, bukan soal sombong atau tidak tetapi DQ percaya kerajaan memang bercadang untuk menubuhkan Jawatankusa tersebut dan hal penubuhan ini tidak perlu didesak oleh mana-mana pihak kerana kerajaan yang didukung oleh Barisan Nasional ini amat memahami keperluan penubuhan sesuatu jawatankuasa dan bila mana yang difikirkan perlu



Tidak perlu PR berlagak hero sedangkan dalam masa yang sama Kerajaan Selangor membuat taik dengan membenarkan penternakan babi secara besar-besaran di negeri itu. Apa nak jadi ni, dia ternak babi banyak-banyak, kita lak yang kena telan bahana nya....


Deme tak perlu nak memadai-madai kata BN sombong ker haper ker? Leni seme yang dilakukan salah, kerajaan wat betul dikata salah, habis apa yang betul nya?

Friday, August 7, 2009

PAS DAH BUTA HATI TERSASAR DARI PERJUANGAN SEBENAR


Ramai berpendapat desakan PAS Selangor supaya kerajaan negeri itu mengugurkan Ronnie Liu sebagai Exco adalah satu sandiwara.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata “Ini semua sandiwara PAS sahaja. Tidak akan ada apa-apa yang berlaku. Ronnie Liu akan terus jadi Exco dan dia (Liu) akan terus guna kuasanya menghalang mereka yang melaksanakan operasi penguatkuasaan.
“Dia akan terus campur tangan dan PAS akan bersuara kononnya dia serius tapi `nothing happens’ (tiada apa-apa akan berlaku) selepas ini,” katannya. Apatah lagi kini PAS akan hadapi satu lagi Pilihanraya Kecil di Permatang PASir... macam biasa promote diri awal-awal lah...bagaimana?..
Konon perjuangkan Islam... bila?.. masa nak Pilihanraya... Habis.. sebelum ni buat apa?.. makan gaji buta...PAS pejuang Islam hanya bila Pilihanraya nak tiba... selain itu... Pas masukkan Islam dalam bakul sampah....
(ASPIRASI BANGSA.BLOGSPOT.COM)
berapa banyak lagi penipuan yang PAS nak tutup, berapa ramai lagi yang PAs nak anak Melayu tersasar? berapa lama lagi PAS mampu bersekongkol dengan YAHUDI DAP? berapa banyak yang PAS nak DAP dan PKR sapu hak Melayu? Berapa berapa berapa? kerana kalau kalau sudah tiba ajal, adakah PAs masih lagi boleh bertahan????
Sedar lar, rumah kata pergi, kubur kata mari....
wALLAHUAALAM....

SILA BACA YER...

Kematian Teoh : Blog Yang Harus Dibaca
Oleh : Lebah KOta


Kematian Teoh Beng Hock telah dipolitikan sepenuhnya oleh DAP. Ada pihak melihat tindakan itu bukan kerana simpati, tetapi DAP tersepit apabila mendiang ada kaitan langsung dengan siasatan mengenai kewujudan gangster dan salah guna dana dalam pentadbiran Selangor.
Layari blog http://www.t4tbh.blogspot.com/ dan anda akan dapat melihat sendiri dengan bukti-bukti nyata bagaimana kematian Teoh ada kaitan dengan dakwaan korupsi dan gangster di negeri itu. Bukti yang diutarakan blog ini agak sukar untuk disangkal. Nampaknya permainan jahat DAP untuk menjadikan kematian Teoh untuk menutup kelemahan mereka di Selangor semakin terbongkar sedikit demi sedikit.
Benar kata pepatah, bangkai gajah bukan mudah untuk ditutup. Itulah yang sedang berlaku sekarang.
Blog http://www.t4tbh.blogspot.com/ akan memberikan anda serba sedikit gambaran akan bagaimana dana Selangor dibolot satu dua pihak sahaja. Huh...banyaklah DAP cakap pasal demokrasi selama ini. Ia juga boleh membuka persoalan bahawa Teoh dibunuh oleh gangster atau mungkin mana-mana ahli DAP sendiri. Seperti yang ditegaskan banyak kali, kematian Teoh sebenarnya memberikan faedah yang banyak kepada DAP kerana kematian mendiang bererti banyak bukti-bukti penting untuk mengaitkan salah guna dana dan pengaruh kongsi gelap dalam pentadbiran Selangor hilang begitu sahaja.
Teoh bunuh diri, maka dia telah berjasa besar kepada DAP. Kalau dia dibunuh, maka siapa yang bertanggungjawab? Adakah DAP atau ahlinya yang gelabah dengan penyiasatan SPRM?
Kalau pegawai SPRM yang campak Teoh seperti dicanang DAP, kemungkinan itu ada, tetapi buat apa hendak buat begitu? Kenapa pegawai SPRM bodoh hendak campak Teoh dari pejabat mereka sendiri, itu cari bala percuma namanya. Jadi sama ada Teoh bunuh diri atau dibunuh, itu persoalan yang sedang dirungkai sekarang. Namun, dalam merungkai jawapan itu, isu-isu yang berkaitan seperti kehadiran gangster dalam senario pentadbiran Selangor dan salah guna dana di negeri itu jangan dilupakan. Lebah Kota amat yakin semua itu ada perkaitan dengan kematian Teoh.
Apa pun, layarilah http://www.t4tbh.blogspot.com/ (http://www.malaysia-instinct.com)