Wednesday, April 13, 2011

SELAMAT PAGI PAHANG




























Assalamualaikum... Alhamdulillah kita berada di bulan keempat bagi tahun Masihi.. Pejam celik pejam celik dah April upernya... InsyaAllah hujung minggu ni Rakyat Sarawak akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.. Tunaikanlah sebaik mungkin


Baru-baru ni sedang SP minum pagi di satu kawasan perumahan di belakang Alliance Bank, SP dan rakan-rakan dihampiri oleh seorang wanita Cina yang rancak mendapatkan tandatangan untuk membantah projek Lynas yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri... SP rasa ni tentu peranan DAP dan PKR yang bersusah payah hendak menggagalkan pelaburan asing ke negeri kita.. Ahai! Takde pelaburan bising, dah ada pelaburan baik punya, bantah lak.. tak dapat untung ke deme yer....


Bermula Isnin, 11 April hingga 19 April Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Pahang Yang Kedua Belas diadakan mulai 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Maka, moh la ramai-ramai kita ke dewan mendengar perbahasan dan hujah-hujah oleh Wakil Rakyat kawasan kita..