Tuesday, June 16, 2009

MALANG BUAT PKR



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR minggu lepas setelah tidak dapat menahan rasa hati yang membuak-buak untuk memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa dia kini sudah bergelar orang penting PKR. Piirah dengan keputusan nya itu.




Bagitu malang PKR mempunyai ketua seperti Anwar Ibrahim dan pengikut seperti Zaid Ibrahim. Satu Malaysia sudah mengetahui perihal Anwar, dan sekarang perkara yang sama berulang kepada Zaid Ibrahim. Adakah kerana di dalam UMNO Zaid tidak diberi kerusi empuk Majlis Kerja Tertinggi, maka kerusi yang ditawarkan Anwar iaitu menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu diterimanya? Sungguh sedih dengan parti pembangkang. Rupa-rupanya mengidamkan kemewahan... Iyer lar! mana Anwar tak kecur air liur melihat tersergam indah Putrajaya? Itulah yang diidam-idamkan dari dulu.




Qaseh mengakui 50 tahun pentadbiran negara banyak perubahan yang telah dibuat untuk kesenangan rakyat jelata. Tapi sejak akhir-akhir ini serba tak kena Wakil Rakyat Barisan Nasional, dan Qaseh juga terfikir kadang-kala pembangkang ni, bila meka dah xboleh lawan cara fakta, meka lawan cara teknikal iaitu telah meletakkan orang-orang nya di dalam jabatan-jabatan tertentu agar banyak urusan kerajaan akan menjadi lambat dan yang nampak lemah ialah Kerajaan.




Nak kata salah ibu mengandung, Anwar dah pun lahir, dah tua pun... tapi akal yang sangat licik tetap berjalan memikirkan perancangan menghancurkan tanahair sendiri walaupun dalam keadaan beliau tidur.. Hingga ke tahap itu AI berfikir....




Memang nama nya pun pembangkang, jadi kerja nya xdapat lari dari asyik membangkang. Jangan risau, selagi hayat dikandung badan keluarga UMNO dengan dibantu keluarga MCA, MIC, PPP dan rakan2 di Sabah dan Sarawak akan berusaha menjaga Perusahaan Barisan Nasional agar sentiasa relevan dan disanjung rakyat sepanjang masa...




Wallahuaalam...


3 comments:

  1. Salam DQ,
    Baik tulisan ini. UMNO sebenarnya masih belum jelas siapa yg jadi kawan dan siapa yg jadi lawan. UMNO masih dikelilingi oleh mereka yg berjuang untuk kepentngan diri mereka sahaja. Memang saya percaya bahawa UMNO telah sampai ke hujung jalan, tetapi jangan kita serahkan kuasa kepada PKR dan PAS kerana mereka ini akan lebih kejam dan ganas dari UMNO ~ bERANIKAN hATI

    ReplyDelete
  2. Salam DQ,
    Balik tulisan ini. Masih ramai pemimpin UMNO yg tak sedar bahawa UMNO masih dikelilingi oleh mereka yg hanya berniat untuk merompak negara. Kenapa Pak Lah boleh mengangkat si jahanam ini menjadi menteri? Ketelusan Pak Lah lah yag membuatkan negara jadi huru hara. Semasa TDM, pentadbirannya buka saja dihormati tetapi ditakuti juga. Awas - usaha menjatuhkan Najib yg sedang giat dijalankan untuk Anwar dan Khairy ~ bERANIKAN hATI

    ReplyDelete
  3. Salam DamaiQaseh,
    Saya merasa gembira berpeluang memberikan komen terhadap posting yang sangat baik ini dari segi isu dan garapan penulisannya. Memang pembangkang di Malaysia ini merasakan bahawa tugas mereka sebagai pembangkang hanya membangkang membabi-buta. tanpa mengira kewajarannya berkaitan sesuatu isu. Mereka tidak pernah melihat satu apa pun yang baik yang telah kerajaan lakukan. Mereka telah mambutakan mata dan hati mereka dari melihat kebenaran ~bERANIKAN hATI

    ReplyDelete