Tuesday, June 9, 2009

SPM : LULUS BAHASA INGGERIS WAJIB?

HOW TO BE GOOD IN ENGLISH?

Awal tahun ini kita kecoh dengan isu PPSMI, dan pada hari semalam rakyat Malaysia terutama para ibu bapa, guru-guru, pelajar dan murid-murid seakan tersentak mendengar satu lagi cadangan daripada Menteri Pelajaran iaitu ' SPM : Lulus Bahasa Inggeris WAJIB?
Bagi Qaseh, Qaseh amat-amat bersetuju dengan cadangan yang telah dilontarkan itu dan menyifatkan ianya tidak langsung akan mengorbankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan...
Sebagai murid yang melalui zaman belajar di mana Kerajaan langsung tidak menitikberatkan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris, maka Qaseh amat menyokong usaha yang dibuat oleh kerajaan ini. Qaseh tidak faham kenapa orang PAS terlalu taksub dengan kuasa membangkang, padahal anak-anak mereka bersepah-sepah yang tidak pandai berbahasa Inggeris ini.. Kalau mereka tidak pandai berbahasa Inggeris tetapi fasih berbahasa Arab, Perancis, Mandarin ker boleh lar diterima pakai, tapi bahasa-bahasa ini pun langsung tidak dikuasai..
Apa salahnya kita berkemahiran berbtutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.. Biarlah orang lain marah, tetapi Qaseh amat bangga dapat berbahasa Inggeris. Kadang kala di dalam situasi tertentu kita harus menggunakan Bahasa ini...
Dulu, keputusan B.I Qaseh di dalam Peperiksaan Sijil Malaysia cukup sekadar C6... Zaman itu kerajaan masih tidak menitikberatkan pembelajaran B.I di sekolah.. Qaseh percaya sekiranya matapelajaran ini diajdikan matapelajarn WAJIB lulus, sekurang-kurangnya A1 di dalam tangan...
Bak kata mak Qaseh, belajar, mana ada yang senang.. "kalau semua nak senang, berhenti sekolah, terus nikah"... Itu ayat mak Qaseh kalau Qaseh mengadu kesusahan belajar di sekolah... Sejak dari hari itu, Qaseh xpernah merungut hinggalah melanjutkan pengajian ke menara gading.. Yang mak tahu hadir ke Hari Konvokesyen Qaseh sahaja...
Di Universiti, ingatkan boleh lari dari B.I, tuptup dapat Universiti yang buku rujukannya semua berbahasa Inggeris kecuali matapelajaran Agama... Mungkin kuat rasa ingin berjaya, belajar juga, xpandai! salah grammar salah pronunciation xkira cakap gak B.I ngan lecturer... itu sikap mahasiswa di universiti kami... Hingga lah sekarang, Kamus Dwibahasa Oxford Fajar masih setia menemani Qaseh di atas meja kerja...
Kita xkaya tapi jangan kita jadikan kesusahan itu sebagai penyebab anak cucu kita tidak boleh berjaya....
Walluallam...

No comments:

Post a Comment