Wednesday, June 10, 2009

WAJIB KAN B.I, WAJIB KAN JUGA PENDIDIKAN ISLAM

Satu cadangan yang cukup bernas bersesuaian dengan hasrat negara untuk melahirkan cendiakawan ulung melalui penguasaan bahasa, dan adalah lebih molek lagi sekiranya seseorang individu itu cemerlang, cemerlang dalam dan luaran. Ini membawa makna pelajar ini menguasai Ilmu dunia dan turut memiliki Ilmu akhirat.
Serasa Qaseh, sekiranya diberi pilihan orang-orang kampung akan bersetuju sekiranya Mata Pelajaran Pendidikan Isalm yang WAJIB Lulus untuk memiliki sekeping Sijil ini. Tetapi janganlah menolak terus Bahasa Inggeris, perlulah meneliti kepentingan kita menguasai. Kita tidak boleh meniru Jepun yang amat tidak bertolak ansur dari segi bahasa perantara mereka. Mereka tidak berasa malu sekiranya tidak pandai berbahasa Inggeris walaupun mempunyai perniagaan yang membuat pelaburan berjuta ringgit di luar negara. Kita harus membuang tanggapan sesetengah pihak yang menyatakan langkah kerajaan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik dan Sains adalah satu kesilapan dan seterusnya menggadaikan Bahasa Kebangsaan.
Kalau ada pilihan dan cadangan lain, Qaseh berpendapat Kementerian Pelajaran patut menimbangkan mewajibkan pelajar lulus Pendidikan Agama dan Bahasa Inggeris untuk memperolehi Sijil Pelajaran Tinggi ini.
Wallahuallam..

No comments:

Post a Comment