Wednesday, June 10, 2009

TIGA PERKARA MUSNAHKAN MANUSIA


Setiap orang tanpa mengira sama ada pemimpin, ulama, orang biasa akan berdepan dengan tiga perkara yang boleh memusnahkan manusia. Tiga perkara tersebut adalah kikir, hawa nafsu dan bangga diri
KIKIR


Allah swt menyifatkan mereka yang kikir itu sukar memperolehi kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Perkara ini dinyatakan dalam surah Al-Hasyr dan kita harus mengambil ikhtibar iaitu ayat 9, Allah swt berfirman yang bermaksud "Barangsiapa yang terpelihara daripada kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang berbahagia."

Ini jelas menunjukkan bahawa Allah swt melarang sifat kikir (kedekut) yang subur dalam diri seseorang itu lebih-lebih lagi mereka yang dikurniakan harta yang bertimbun tetapi tidak menggunakan hartanya ke jalan memakmurkan ibadah sebaliknya dibelanjakan untuk tujuan maksiat, membazir, dan dibelanjakan sewenang-wenangnya untuk bermegah-megah antara satu sama lain


HAWA NAFSU


Mengawal hawa nafsu adalah penting dalam kehidupan seharian. Setiap dari kita dikurniakan Allah swt nafsu iaitu nafsu jahat dan baik. Nafsu jahat sentiasa memandu kita ke arah kejahatan dan keadaan sebaliknya dengan nafsu baik.

Firman Allah swt dalam surah Ali-Imran, ayat 14 boleh dijadikan panduan hidup kita " telah dihiaskan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak-anak, kekayaan yang melimpah ruah dari emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang"


BANGGA DIRI
Kita hendaklah faham ujub itu boleh menimbulkan pelbagai bencana antaranya boleh menimbulkan sifat takbur yang merupakan salah satu sifat yang boleh mencetuskan perasaan bangga diri dan takbur.


Sifat takbur itu sendiri jelas boleh menimbulkan pelbagai bencana yang lain termasuklah hal-hal yang ada kaitan dengan manusia.
Wallahuaalam...


(dipetik dari Warta Perdana ~ 20 Julai 2008)

No comments:

Post a Comment