Friday, March 6, 2009

Barisan kita, Negara kita




Salam, hai frens

Saya suka berkongsi pandangan berkaitan keluh resah rakyat terhadap Barisan nasional yang menunjangi negara lebih 50 tahun ini. Sejujurnya saya amat terkejut apabila pada pilihanraya ke 12 yang lalu, lima negeri telah terjatuh ke tangan pembangkang. Lebih memeranjatkan Barisan Nasional turut kecundang di dua pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Sebagai rakyat Malaysia yang lahir di sini, dibesarkan di bumi yang sungguh bertuah ini, menikmati pembangunan Malaysia dengan penuh kesyukuran , tentu saya begitu sedih dengan segaal peristiwa yang berlaku. Mungkin banyak faktor yang mendorong kepada keadaan ini, bukan?
namun saya kira kita juga tidak pasti sama ada kerajaan BN sudah belajar dari kesilapan PRU12 atau masih terawang-awang mencari tapak yang rata untuk meneruskan rentak tari?
Saya percaya rakan-rakan juga sedih dengan segala peristiwa yang berlaku. Namun, apa peranan kita sebagai anak-anak selepas merdeka? apakah kita hanya mahu berdiam sahaja? Apakah kita rela barisan Nasional terus berkubur dan kita bertukar tampuk pemerintahan? Apakah kita anak Melayu mahu merempat di tanah ibunda kita sendiri? Daaaaaaannnnn yang paling penting, apa yang akan kita jawab kepada anak cucu kita atas kegagalan kita mempertahankan kerajaan kita yang sedia ada ini?
Wallahuaallam...

2 comments:

  1. YANG TERBARU DAN MASIH PANAS.....


    Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat ketika sidang akhbar di Bukit Mertajam, hari ini, berhubung pendiriannya menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu agar pucuk pimpinan dapat bertindak. - Foto BernamaBUKIT MERTAJAM:

    Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Kepala Batas, Amizudin Ahmat, berkata beliau terpaksa menggunakan media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan individu tertentu dalam parti itu supaya pucuk pimpinan dapat bertindak.

    "Pendedahan melalui media bertujuan memberi tekanan kepada pucuk pimpinan parti," katanya susulan kenyataan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, yang menegurnya kerana membangkitkan isu itu di media tanpa memaklumkan perkara itu kepada beliau terlebih dahulu.

    Amizudin berkata, beliau dipanggil oleh jawatankuasa khas siasatan parti itu untuk disoal siasat pada Sabtu ini berhubung dakwaannya pada 26 Februari lalu, kononnya beliau mempunyai bukti mengenai pemimpin parti itu yang menerima wang daripada pengusaha kuari.

    Katanya, beliau terkilan kerana dituduh mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, tidak disambung. Amizudin berkata, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap pemimpin yang berkenaan walaupun beliau sudah menyerahkan dokumen berhubung isu itu kepada presiden parti pada 8 Januari lalu.

    http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Tahniah dapat menghantar bahan yang menarik.

    ReplyDelete