Tuesday, May 5, 2009

FARA FAUZANA, FBI DAN "PANGGILAN HANGIT"









Qaseh tidak pernah ketinggalan mendengar saluran Hot Fm setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, dan pendek kata memang sentiasa terhibur dengan celoteh penghibur radio Hot.fm, si Fara dan Faizal. Memang mereka berdua layak menjadi Pengacara Radio Wanita dan Lelaki Paling Popular di dalam ABPBH baru2 ini...

Salah satu segmen yang diminati ialah Segmen Panggilan Hangit.. Setiap orang akan berasa marah dan dipermainkan selepas Fara dan Faizal memperkenalkan diri di akhir segmen ini.. Ada yang ketawa berdekah-dekah dan ada pulak yang seakan malu dengan rahsia yang terbongkar dan didengari di seluruh Malaysia ini..
Pagi tadi pun best, satu panggilan telah dibuat kepada seorang pelajar yang tidak hadir ke kelas, dengan alasan penat dan terus balik tidur.. apa lagi si Fara ni terus menjalankan misi.. Bila dah dapat panggilan luar biasa macam tu si pelajar ni percaya la, maklum dah buat salah.. Terus mengaku salah dan sanggup menurut segala arahan dari pemanggil luar biasa ini ( fara)...

Orang dah buat salah, macam tu la gaya nyer gabra semacam jer... daripada tutur percakapan nya macam dah insaf ponteng kelas, namun bila dikata terkena Panggilan Hangit, tarik nafas lega si pelajar ni....

*Moralnya : Mak ayah bersusah payah mencari rezeki untuk menyekolahkan kita, janganlah kita lali dan leka dengan perkara yang xberfaedah.. banyak ngat kita dapat banyak pengajaran daripada segmen ini.. Siapa kata mendengar radio dan menonton tv membuatkan kita leka?*








No comments:

Post a Comment