Tuesday, November 30, 2010

BERKHATAN DULU, BERKHATAN SEKARANG

TADI dq DI KLINIK, nak mendapatkan rawatan kerana batuk yang berlarutan beberapa hari... dq bukan nak bercerita hal batuk dq tapi nak bercerita kejadiaan yang berlaku di klinik.. Semasa dq nak daftar nama, pembantu klinik memaklumkan bahawa dq terpaksa menunggu agak lama disebabkan doktor sedang menkhatankan beberapa orang budak lelaki dan dq hanya tersenyum... Dq memerhatikan ke segenap ruang menunggu dan dapat melihat raut wajah ibu bapa yang sedang menunggu anak-anak mereka dikhatankan.. Anehnya ibu bapa yang agak seriau manakala anak-anak smepat tersengih pabila keluar dari bilik doktor, tiada suara teriakan mahupun insiden anak lari dek takut dengan pisau pemotong..
Lantas dq teringat kenangan di kampung berpuluh tahun dahulu sewaktu abang dq dikhatankan. Mereka dijulang dan diarak keliling kampung sebelum dimandi secara beramai-ramai sebelum seorang demi seorang dipanggil mengadap Tok Mudin.. seronok dan meriah sahaja...
masa merentasi zaman hingga yang lama ada yang dilupakan....

No comments:

Post a Comment