Wednesday, December 1, 2010

DISEMBER DATANG LAGI

Alhamdulillah diam tak diam kita dah menghampiri akhir 2010 dan tak berapa hari lagi menginjaklah kita ke tahun baru Islam iaitu tanggal 7 Disember, iaitu Awal Muharram.. Banyak memori tercipta di bulan akhir ni kan..

Ironinya disember dikaitkan dengan musim perkahwinan lah, musim bercuti lah, musim berkhatan lah dan tak lupa juga musim banjir... Hehehehe... Namun walaupun musim banjir, pasangan yang sedang hangat bercinta memang xkisah cabaran tu semua asalkan niat berumahtangga dapat disempurnakan segera.. Kelass gitu!

Bagi yang tidak terikat dengan kenduri kendara pula, sudah pasti disember diisi dengan plan bercuti seiisi keluarga baik jauh mahupun dekat destinasinya.. Bak kata pepatah, bersama keluarga dapat mengeratkan tali persaudaraan... Yang penting semua gembira, dan dalam keseronokan tu, jangan lupa menjaga diri dan sentiasa berhati2 dalam pemanduan..

Ada pula yang dah awal2 booking Tok Mudin untuk khatankan anak lelaki yang dah sampai 'seru'.. Maklum, cuti panjang ni la masa untuk anak2 lelaki berehat panjang... Namun berkhatan dulu dan sekarang dah banyak bezanya.. Anak2 skrg dah xtakut dengan nama Tok Mudim..

Apa2 pun, semoga tiap ruang detik disember dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah, dan sentiasalah menyokong program yang dianjurkan di kawasan komuniti masing2.. Sertailah aktiviti kejiranan agar kita tahu hidup bermasyarakat, susah senang dihadapi bersama..

No comments:

Post a Comment