Sunday, February 20, 2011

PRK KERDAU CORAT CORET 3

Assalamualaikum semua.. senyap jer, dah tido ker? SP baru je balik makan steamboat di Rest House Temerloh ni.. bapok best nya... kawan-kawan patut mencuba... Rezeki SP tul tul murah kebelakangan ni, Alhamdulillah:)

Cakap bab rezeki, diam tak diam, sedar tak sedar PRK Merlimau dan Kerdau ni merupakan PRK yang ke 15 dan 16... banyak nya ek PRK dalam tempoh 3 tahun pas PRU 13... Ramai yang kata time PRK ni la boleh wat banyak duit... eeeehhh jangan salah anggap ek, bukan wat duit palsu tapi menambahkan rezeki..

Contoh yang paling ketara ialah berkaitan kadar sewa rumah.. huhuhu menangis la nak dapat rumah sewa pada harga RM300 ke bawah, waima RM1,000 ke bawah pun susah... alahai!

Begitu jugak dengan kadar sewa kanopi, meja kerusi, PA Sisteam dan segala mak nenek kelengkapan lain... Harga naik berkali ganda:) Makanan pun mahal tu.. Malam tadi SP order mee goreng bertelur mata kerbau, Rm5.00,a da brannnn ke issshhhh.. kaya dorang ni!!!

Apa-apa pun biar lah rezeki tersebut berpatutan dengan perkhidmatan dan jenis barang yang ditawarkan...

Selamat malam kawan-kawan


Salam Seri Pahang

No comments:

Post a Comment