Tuesday, July 7, 2009

SELESAI LAR SENDIRI


Semalam YAB Perdana Menteri telah menyatakan pendirian kerajaan untuk tidak campur tangan dalam kemelut Kampung Buah Pala, Pulau Pinang berhubung isu penyelesaian


Datuk Seri Najib menegaskan isu tanah adalah masalah kerajaan negeri yang tertakhluk kepada kawal selia pihak berkenaan tanpa perlu campur tangan kerajaan Pusat. Oleh itu, masalah berkenaan adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Jika kerajaan Pusat cuba masuk campur, ia akan menjadi permulaan sekaligus menjadi rujukan kepada kes yang banyak berlaku di negeri lain.


Merujuk kepada perkara ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dikatakan berhasrat untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat bagi menyelesaikan kemelut Kampung Buah Pala ini bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil balik tanah seluas 2.6 hektar yang menjadi pertikaian...


Isu ini timbul apabila Mahkamah Persekutuan memberi tempoh sehingga 2 Ogos ini untuk penduduk di situ mengosongkan kawasan tersebut namun penduduk enggan berpindah dan tetap ingin tinggal di situ sehingga menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang terpaksa mengambil balik tanah tersebut dan membayar pampasan kepada Pemaju Perumahan sebelum diserahkan semula kepada penduduk kerana mereka enggan menerima sebarang tawaran dan pihak pemaju juga enggan menerima sebarang pampasan.


* Memang sepatutnya Kerajaan Pusat tidak perlu campur tangan dalam kemelut di negeri itu.. Dulu masa ambil tampuk pemerintahan, begitu angkuh di situ.. Leni bila ada masalah begini, PM gak yang dicari.. Saja lar nak suh PM pikul beban tuh...

1 comment:

  1. Apa kena mengena LIM Guan Eng dngan Najib... sampai dia nak mintak tolong. Pesan kat Najib tak payah tolong nanti kalau dah t0long kita pulak yang dilempar taik bukan bunga. Macam kita toong Anwar tu keluar daripnjra.... sudahnya diaporak peranda egara. Ambil ikhibar untuk rnungan.

    ReplyDelete