Thursday, July 16, 2009

TOLONG PLEASE LAR, JANGAN SALAHKAN KERAJAAN BN...




***Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN).


***Nik Abdul Aziz mendakwa, kemenangan itu juga mungkin disebabkan "rasuah politik" yang digunakan parti itu pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya seperti menjanjikan pembangunan di kawasan tersebut.


***Di PULAU PINANG, DAP juga mengakui bahawa pelbagai insentif untuk rakyat yang diumumkan sejak Najib menjadi Perdana Menteri adalah antara faktor BN mendapat sokongan pada pilihan raya kecil itu sehingga menyebabkan Pas menang dengan majoriti tipis.


***Lim juga berkata masalah di Selangor yang melibatkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali mendesak kerajaan Selangor merombak barisan Exconya juga antara penyumbang kepada kemenangan tipis Pas di Manik Urai.


***sumber: star menyatakan bahawa salah satu punca kemerosotan undi yang diperolehi calon PAS di Manek Urai adalah kerana pengundi muda di beberapa saluran menyokong BN, kata Setiausaha PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim. Mohd Zaki berkata, pengundi muda tidak mempunyai sikap politik yang jelas, yang mudah disogok dengan janji-janji BN.


***sumber: malaysiakini pula memberitahu bahawa jika pengundi muda sudah menyokong BN, PAS seharusnya melakukan bedah siasat yang sejujur mungkin kerana perjuangan Islam yg dibawa oleh parti Islam itu tidak lagi menarik golongan muda untuk bersamanya.


Ulasan Qaseh : Dorang ni kalau dah kalah, macam-macam lar ngutuk BN aka Kerajaan.. Kalau dorang menang pun ngutuk kita gak... Ntah apa-apa dan tak tahu lar bila nya dorang nak puas? xkan nak bagi dorang perintah kerajaan Malaysia untuk memenuhi kepuasan hati mereka nih?


Xmasuk akal sungguh bila kita fikir setiap tindakan yang dilakukan oleh orang pas nih.... Rasanya dulu-dulu taklar seganas sekarang tapi mungkin disebabkan berkawan dengan geng-geng PKR, itu yang perjalanan hidup mereka pun jadi caca marba.. penuh dengan ketidaktentuan hala, perjuangan pun dah disogok dengan material....

1 comment:

  1. Ulama yang riak selalunya menyalahkan orang lain, dia sendiri sebagai ulama merasakan tidak berbuat dosa..............

    ReplyDelete