Friday, June 5, 2009

MUKTAMAR PAS KE 55 - RAKUS NYA MEREKA....


Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyebut bahawa UMNO dan BN mencemburui kerjasama erat Pakatan Rakyat dan menuduh parti itu melakukan tindakan tanpa susila iaitu merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama dibina di Negeri Perak Darul Ridzuan.


Selain itu, beliau turut menyatakan UMNO dan BN telah mengenepikan suara dan semangat Perlembagaan sehingga menyebabkan tiada pemisah kuasa dalam Badan Kehakiman dan yang lebih buruk kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa.. Itu menurut kata beliau larrrr.......


Hairankan, Apa yang UMNO dan BN hendak cemburukan dengan PAS? Tiada langsung faedah untuk mencemburui mereka itu... Sebaliknya mereka itu yang mencemburui dan sangat-sangat kurang senang dengan kejayaan UMNO dan BN memerintah negara ini sehingga diiktiraf seantero dunia.. Hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang tidak mahu mengakui perkara ini.. Kita buatlah sebaik mana pun, mereka tetap dengan pendirian mereka bahawa mereka juga yang bagus...


Apa guna mereka berkampung di surau, masjid, menjadi AJK Masjid hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat, orang UMNO dan BN bahawa orang PAS bagus, orang PAS taat kepada agama dan orang PAS baik-baik belaka? Hahaha mahu tergelak, muak, mual Qaseh dengan pengakuan Presiden PAS ini... Tidak perlu mengambil contoh jauh, cukup di kampung Qaseh sahaja... Kalau tidak kerana muafakatnya UMNO dan BN di tempat kami, amat mustahil akan wujud pelbagai insfrastruktur dan kemajuan di kampung kami.. Nak harapkan ahli PAS? Kim salam banyak-banyak.. Apa yang mereka tahu, duk di kedai kopi, bergosip ngutuk kerajaan.. Kalau ada kenduri kendara ker, program kemasyarakatan ker bukan nya nak join.. Asyik nak buruk kan orang sahaja.. Qaseh pun heran, dari Qaseh kecil hingga lah dewasa ini, masih begitu, xberubah.. Tapi bila dengar bantuan kerajaan, dari segala sudut akan dikejar....Sian kan orang PAS ni.......


Xdapat Qaseh bayangkan bagaimana rakusnya PAS ni sekiranya memerintah di Pahang ni...... paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.... Dijauhkan Ya Allah segala perkara buruk ini..


Wallahuallam...

No comments:

Post a Comment