Friday, June 5, 2009

KES TUNTUTAN RM63 JUTA TERHADAP PAHANG


Pihak PAS Pahang terutama PYH Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man diminta agar tidak melulu dalam menuduh Menteri Besar Pahang melibatkan Kes Saman RM63juta.


Mahkamah pada 4 Jun telah membenarkan Penggantungan Perintah Mandamus terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan ekoran itu PAS harus lebih teliti dalam mengeluarkan sebarang kenyataan. Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia


Adnan berjaya tangguh Perintah Mandamus
04/06/2009 5:15pm


KUANTAN 4 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk menangguhkan perintah supaya beliau melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang).


Keputusan itu dibuat Hakim Datuk V.T Singham selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dalam kes permohonan menangguhkan perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) yang dikeluarkan oleh Hakim Datuk Abd. Halim Aman pada 20 April lalu.


Di bawah perintah mandamus itu, Adnan perlu melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh 14 hari yang sepatutnya berakhir 4 Mei lalu.


Hakim Singham dalam penghakimannya membenarkan permohonan penangguhan itu sehingga rayuan Menteri Besar terhadap perintah mandamus yang diputuskan Hakim Abdul Halim didengar di Mahkamah Rayuan. - Utusan


* Biarlah pihak mahkamah yang menentukan dan janganlah pula PAS mengambil kesempatan menghasut rakyat di atas kes ini.. Kita sememangnya tahu, kerja orang PAs ini memang suka menghasut orang, maklum mereka ini terdiri daripada orang yang kecewa.. Kata golongan Ulama, xkan lar golongan ulama kerja nya menghasut orang??? Pikir la sendiri...


* Tiada pemimpin yang ingin rakyat nya dibebani dengan masalah kewangan dan Qaseh percaya pimpinan UMNO dan BN melakukan yang terbaik untuk rakyatnya..


Wallahuallam..

1 comment:

  1. Apa lagi yang PAS dapat buat selain mencari keburukan orang UMNO/BN, yang itulah dijaja ke pelusuk kampong.

    Pakai seban jubah bergelar ustad, toko guru, tapi kerjanya malam-malam membawa fitnah, menghasut penyokong-penyokong yang bodoh mendengarnya. Macam musang kerjanya......

    ReplyDelete