Friday, June 19, 2009

BISIK-BISIK DI HOSPITAL...

Hospital Kuala Lumpur

Ada bisik-bisik sampai ke penghujung telinga Qaseh, ni pasal Hospital... Ada doktor yang mengeluh coz dengar nya Menteri buat statement masa menunggu di kaunter ialah selama 30 minit bagi setiap pesakit namun ada pesakit menunggu hampir 40-60 minit untuk bertemu doktor sehingga menyebabkan doktor yang diamrahi pesakit kerana lama menunggu..

Qaseh dapat tahu kenyataan itu dibuat oleh Menteri sendiri tanpa merujuk kepada Personal Advisory yang telah dilantik dan akibatnya mereka terpaksa menerima rungutan daripada orang ramai... Aduhai YB Dato' Menteri, harapnya di lain masa boleh berbincang dengan pihak Pentadbiran Hospital bagi mengelakkan kekeliruan yang berlaku. Qaseh percaya niat YB Dato' Menteri itu suci dan murni namun di pihak pembangkang akan mengambil kesempatan di atas kesucian murni tindakan kita ini.

Sekiranya di kaunter janji temu mungkin tempoh menunggu 30 minit adalah praktikal tetapi sekiranya di kaunter Klinik Am paling lama ialah 40 minit... Harap pihak Kementerian Kesihatan dapat mengambil tindakan pantas bagi menangani masalah ini.

Wallahualam...


No comments:

Post a Comment