Tuesday, June 30, 2009

LAMBAKAN TETAMU TIDAK DIUNDANG

Ramai Warga Asing yang menjadi buruh ladang di Malaysia


Adus pening kepala, rasa macam bukan di Malaysia, tolong.. lemas... Aduhai rakan-rakan semua, di samping kita sibuk menangani isu politik yang semakin rancak dibualkan di akhbar, marilah kita sama-sama berfikir dan mendesak kerajaan agar melakukan sesuatu bagi membendung kemasukan warga asing ke negara kita.

kita faham ada yang memang ditugaskan bekerja di negara ini tapi bagaimana pula kesnya apabila melibatkan pendatang tanpa izin? kalau yang dapat diberkas penguatkuasa, itu merupakan satu kemujuran tapi bagaimana yang tidak dapat diberkas dan hidup bermahajalela di dalam kampung-kampung, taman-taman dan di felda-felda?


Qaseh ingat di satu sudut di celah-celah kesibukan Kota Raya sahaja mereka berkumpul, rupa-rupanya sangkaan ini meleset... Rakyat Indonesia merupakan kelompok warga asing paling ramai menyelinap masuk ke negara ini diikuti warga Nepal.. Dewasa ini dah sampai ke pelusuk kampung, dan dah ramai pun yang berkahwin dengan wanita tempatan.. Qaseh tul-tul rimas dengan situasi begini sehinggakan menimbulkan ketidakselesaan dalam kehidupan dan merasa seolah-olah tidak selamat ... Pergi lawatan ke sana ada orang Nepal, pergi kampung ini ada orang Bangla.. pergi program Yang Berhormat, Indon yang menyediakan hidangan tengahari... Aduya... Pening-pening.. Cian rakyat Malaysia, lama kelamaan hilang seri keaslian kampung dengan lambakan tetamu yang tidak diundang ini... seolah-olah kita pula yang menumpang di tanah air sendiri..


Wallahuaallam...

No comments:

Post a Comment