Tuesday, June 9, 2009

KEMENANGAN NASARUDIN MEMANG DIJANGKA






Kemenangan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengekalkan jawatan dengan mengetepikan dua pencabarnya pada Muktamar Tahunan parti, Jumaat lalu memang dijangka. Ahli Parlimen Bachok itu mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang mewakili kelompok ulama, manakala undi golongan profesional telah berpecah kepada dua pencabarnya yang juga Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu. Kemenangan ini sekaligus meranapkan harapan Husam untuk terus mendaki puncak menguasai Istana PAS ini kelak.

Jika disoroti dari awal, ternyata Husam begitu bangga dengan pendiriannya supaya ulama berubah dan bertolak ansur dengan ideologi erdogan. Malah Husam dan penyokongnya bangga dengan gelaran erdogan apabila Tuan Guru Nik Aziz turut menyokong penglibatan kumpulan endorgan ini dalam kelompok PAS. Dalam situasi lain, beliau dikatakan terlalu bangga apabila disebut-sebut sebagai “orang kepercayaan Anwar” dalam PAS. Baginya kata-kata ini sentiasa tersemat di dalam hati dan beliau percaya ianya pasti...“Anwar adalah the next Prime Minister of Malaysia". Husam ni nak kata berlagak kang, marah pulak dek pengikut dia, tapi itu lah sebenarnya diri dia... Bangga ngat ngan kebolehan diri dan berasa dia tu tul-tul anak buah kesayanagn DSAI... Payah gak ek kalau dah terlebih konfiden... bangga sebagai “agen tunggal” Anwar dalam PAS.

Sebelum Muktamar beliau begitu gah dengan tanggapan ini. Kerana itu, Husam terlalu extra ghairah menyebut mengenai idea, formula dan teorinya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional. Ada ker tak sedar diri nak halau Najib dari Putrajaya dan menguburkan idea 1Malaysia. Terlalu ketara niat Husam, bagai kesemuanya di hujung jarinya untuk mentalqin Barisan Nasional terutama UMNO. Tekadang dia kelihatan bagai sudah tidak mengindahkan kata Presidennya, Tuan Guru Hadi Awang. Seolah-olah DSAI adalah bossnya dalam politik.

Namun setelah kalah dalam pemilihan itu lain pula ceritanya... tapi bagi orang politik, kenyataan sebegini sudah menjadi klise.... "saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka"..... Xcakap macam ni nak cakap macamana lagi kan? Husam turut menyatakan antara faktor kekalahannya adalah disebabkan beliau tidak melaksanakan kempen yang agresif sepanjang tempoh berkempen... Dah lar menyalahkan media, Husam turut membabitkan Partinya sendiri yang menjadi penyebab kepada kekalahannya... kenapa pulak PAS dikatakan berat sebelah dan tidak adil kenapa dirinya? Kenapa selepas kalah menuding jari keapda orang lain? Kenapa tidak disalahkan kepada DSAI yang tidak membantu beliau kempen secara lebih agresif? Jikalau beliau dilabel sebagai agen tunggal DSAI, sudah tentu peluang untuk meraih kemenangan begitu mudah, namun sebaliknya yang berlaku... ke mana perginya DSAI?

Dah kalah, memang lar kena terima dengan hati yang terbuka, tapi sebelum menang tu jangan lar cakap besar, omong kosong terlebih-lebih.... Kita ni dah menang baru lar boleh cakap besar itu pun masih berpada-pada.. Le ni awak dah kalah, cakap-cakap awak dan ideologi awak selama ini ditolak oleh perwakilan... Jadi, lebih baiklah lebihkan bermuhasabah diri wahai Dato' Husam...

Janganlah terus mengkucar kacirkan perpaduan sesama umat Islam, mengikut semua telunjuk DSAI...

Wallhuaalam...

No comments:

Post a Comment